Monyet liar ‘serang’ Taman Gasing Indah
Monyet liar ‘serang’ Taman Gasing Indah By Editor - 30/10/2019 Oleh ZIHAN ZARI PETALING JAYA – KEHADIRAN sekumpulan monyet liar berkeliaran setiap hari menimbulkan keresahan penduduk Taman Gasing Indah di sini. Penduduk, Mior Ahmad Hufaizan Ahmad Tarmizi ,31, berkata, “kehadiran hidupan liar ini sudah lama dan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini, khususnya di Jalan 5/58 C, kawasan perumahan ini. Haiwan ini yang muncul pada waktu tengahari untuk mencari makanan, menyelongkar tong sampah dipercayai datang dari hutan Pendidikan Bukit Gasing. Menurut Mior, “kumpulan hidupan liar ini akan memasuki hadapan halaman rumah dan bertenggek di atas pagar dan bumbung rumah dengan menyeringai menampakkan taringnya yang tajam sekiranya disergah menyebabkan kami berasa tidak selamat.” Sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku, pihak berkuasa diminta mengambil tindakan sewajarnya,” kata beliau. Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor, Haidar Khan Mokbolhassan berkata,