769 pekerja Utusan ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang

By Editor - 09/08/2019
Oleh ZIHAN ZARI
FOTO Zihan Zari
NASIB seramai 769 orang pekerja Utusan sekarang diambang kesusahan hingga ada yang terpaksa bergadai barang kemas semata-mata untuk menyara kehidupan keluarga setelah gaji mereka tidak menentu dan lewat. Lebih malang tidak dibayar langsung sejak Julai lepas.
Demikian dinyatakan oleh Chin Sung Chew Setiausaha Agung Kesatuan Kebanggaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) dalam sidang akhbar di pejabat NUJ di Kuala Lumpur, hari ini.
Chin berkata , “masa depan ahli kami yang berkhidmat dengan Utusan kini hidup dalam keadaan amat sukar. Amat menyedihkan lagi ada yang berhutang keliling pinggang terpaksa meminjam daripada Ah Long untuk meneruskan kehidupan kerana tiada gaji untuk membayar pinjaman bank”.
Dengan nada sedih, Chin menjelaskan “isteri mereka terpaksa ke kedai pajak gadai semata-mata untuk memberi makan kepada anak-anak. Disebabkan tidak mampu untuk membeli susu ada di antaranya terpaksa memberi air sirap kepada anak mereka yang masih kecil.
Amat memeritkan lagi, hendak mengisi minyak kenderaan untuk membuat tugasan luar mencari berita pun kami tidak mampu.”
“Lain-lain potongan gaji secara bulanan seperti KWSP, LHDN, Zakat, insurans SOCSO, yuran NUJ, koperasi dan tabung haji milik kami tiada dan tidak sampai ke agensi berkaitan, sedangkan dalam slip gaji dipotong seperti biasa”, katanya.
Ujarnya, “sekarang ini kami diburu oleh pihak bank sejak gaji kami lewat dibayar mulai awal tahun sehinggalah keadaan bertambah buruk apabila tidak mendapat gaji langsung bulan lalu.”
Pada masa yang sama, NUJ merayu kepada Umno supaya melepaskan pegangan saham mereka dengan segera demi survival Utusan dan pekerjanya yang tidak berdosa.
Tambah Chin lagi, “walaupun bukan lagi pemegang saham terbesar semua orang tahu Umno telah menggunakan proksi, Pengerusi Eksekutifnya Datuk Aziz Sheikh untuk terus mengawal akhbar ini.
Umno dilihat tidak langsung mempedulikan nasib pekerja Utusan dan sanggup melihat mereka hidup menderita.
Chin mendakwa, “dikhabarkan kononnya Umno adalah parti yang membela nasib orang Melayu tetapi pada hakikatnya pekerja Melayu di Utusan diabaikan.
Chin menjelaskan, “sebagai pekerja di Utusan mereka masih terus bekerja kerana masih sayangkan Utusan yang dianggap pada satu ketika dahulu dianggap akhbar keramat untuk orang Melayu.
Pada sidang media yang sama NUJ telah membuat tabung kutipan bagi membantu ahlinya yang dilanda masalah himpitan hidup.
Mereka yang sudi membantu bolehlah memberikan sumbangan ikhlas melalui:
CIMB Bank No. 8000367100 (Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ)
-BebasNews

Ulasan