Industri katering kini berkembang pantas

Industri katering kini berkembang pantas
By Admin - 04/10/2019
Oleh ZIHAN ZARI

“BERDASARKAN Jabatan Perangkaan Malaysia sumbangan industri katering kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah RM3.6 bilion pada tahun 2010 dan meningkat kepada RM5.8 bilion dalam tahun 2015, sekali gus menunjukkan industri berkenaan berkembang pantas, lebih berdaya saing, progresif dan mapan.

Bilangan penyertaan syarikat yang mengusahakan industri ini pada tahun 2010 cuma 12,318 tetapi terus melonjak naik pada tahun 2015 kepada 16,348 buah syarikat.

Bagi tahun 2010 bilangan pekerja katering sebanyak 73,000 orang dan ketara meningkat naik sebanyak 99,522 orang pada tahun 2015. Manakala bagi gaji dan upah tahun 2010 berjumlah RM 532 juta dan tahun 2015 pula RM 985 juta. Statistik ini menunjukkan industri katering sebagai kerjaya pilihan.”

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata demikian ketika melancarkan Pelan Tindakan Industri Katering 2020 (PETIK) yang bertemakan ‘Memacu Industi Katering dan Kesedaran Pengguna’ di sini.

Saifuddin berkata, “PETIK dilancarkan sebagai langkah intervensi untuk mengatasi sebahagian isu yang dihadapi industri katering. Disamping memastikan industri ini dapat berkembang dengan lebih baik, tersusun dan terkawal serta dapat melindungi hak dan kepentingan pengguna.”

Tambahnya, “pelan ini memuatkan panduan memilih perkhidmatan katering, perkara yang perlu disemak oleh pengguna dan sembilan saluran aduan yang disediakan untuk pengguna.

Ia dirangka ekoran aduan yang diterima oleh KPDNHEP berhubung perkhidmatan katering semakin meningkat iaitu dari lima aduan pada 2014 kepada 65 aduan pada tahun 2018.

Aduan yang diterima ialah makanan tidak mencukupi, makanan tidak berkualiti, kelewatan menghantar makanan, perkhidmatan pelayan tetamu yang tidak mencukupi dan kurang profesional dan pampasan tidak dibayar jika tempahan tidak dapat dipenuhi seperti dijanjikan,” katanya.

-Bebasnews

https://bebasnews.my/?p=20070


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI