Monyet liar ‘serang’ Taman Gasing Indah

Monyet liar ‘serang’ Taman Gasing Indah

By Editor - 30/10/2019
Oleh ZIHAN ZARI

PETALING JAYA – KEHADIRAN sekumpulan monyet liar berkeliaran setiap hari menimbulkan keresahan penduduk Taman Gasing Indah di sini.

Penduduk, Mior Ahmad Hufaizan Ahmad Tarmizi ,31, berkata, “kehadiran hidupan liar ini sudah lama dan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini, khususnya di Jalan 5/58 C, kawasan perumahan ini.

Haiwan ini yang muncul pada waktu tengahari untuk mencari makanan, menyelongkar tong sampah dipercayai datang dari hutan Pendidikan Bukit Gasing.

Menurut Mior, “kumpulan hidupan liar ini akan memasuki hadapan halaman rumah dan bertenggek di atas pagar dan bumbung rumah dengan menyeringai menampakkan taringnya yang tajam sekiranya disergah menyebabkan kami berasa tidak selamat.”

Sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku, pihak berkuasa diminta mengambil tindakan sewajarnya,” kata beliau.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan Selangor, Haidar Khan Mokbolhassan berkata, “kami telah menerima aduan mengenai kehadiran hidupan liar yang menganggu kententaraman penduduk di kawasan berkenaan dan perkara ini sudah dibincangkan bersama persatuan penduduk di sini.

Menurutnya lagi, “persatuan penduduk di Bukit Gasing akan mengadakan kempen kesedaran di kawasan tersebut kepada penduduk dan juga pengunjung hutan pendidikan Bukit Gasing dan
jabatan sedia membantu program ini sekiranya perlu dan diminta.

Kempen ini juga akan dilaksanakan melalui pemasangan banner (sementara) dan papan tanda kekal berdekatan hutan simpan tersebut, disamping memfokuskan kepada larangan memberi makan kepada monyet perkara-perkara yang mengundang masalah kera dan cara-cara yang selamat dan efektif untuk menghalau haiwan itu dari kawasan rumah, “ujarnya.

–BebasNews

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI