Peniaga nasi lemak mengeluh, orang suka buang sampah merata

Peniaga nasi lemak mengeluh, orang suka buang sampah merata



By Editor - 23/08/2019
Oleh ZIHAN ZARI 

“WALAUPUN disediakan tong sampah namun mereka seringkali membuang sampah sesuka hati di sebelah gerai saya. saya rimas, tidak selesa dan kotor.”

Setiap kali saya berniaga di sini, mereka seolah-olah sengaja tidak mahu
membuang sampah dengan betul ke dalam tong sampah”, sambil menunjukkan kawasan sampah yang dibuang kepada bebasnews.



“Mereka masih belum dapat menghayati budaya jangan membuang sampah di merata-rata tempat walaupun ada kempen besar-besaran ternyata gagal.”

Tarmizi Mohd Shabil, 54, meluahkan perasaannya dan geram ketika di temui digerainya yang menjual nasi lemak di Jalan Plumbum 7/96, Pangsapuri PKNS Seksyen 7,di sini.

Tarmizi berharap pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengambil tindakan tegas mengenakan kompaun terhadap mereka yang suka membuang sampah di merata-rata tempat kawasan awam.


Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA , Shahrin Ahmad, “kalau dapat di kenalpasti pesalah tindakan kompaun boleh dikeluarkan.

Tegas Shahrin lagi , orang ramai diingatkan bahawa perbuatan membuang sampah di merata-rata tempat (tempat awam) adalah merupakan satu kesalahan mengikut Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap MBSA (2007), katanya, ketika dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut.”

-BebasNews

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI