Kes denggi paling tinggi di Selangor

Kes denggi paling tinggi di Selangor


By Editor - 18/08/2019

Laporan & foto: ZIHAN ZARI

SHAH ALAM - PANGSAPURI Perdana Seksyen 13, di sini antara kawasan yang dikenal pasti dikesan sebagai lokasi ‘hotspot denggi ‘ yang membimbangkan dengan mencatatkan kadar wabak denggi tertinggi dengan jumlah 87 kes di Selangor.



Sumber daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 16 Ogos lalu, kes harian di Selangor telah merekodkan sebanyak 213 dan kes terkumpul dari 30 Disember lalu hingga 16 Ogos ini telah mencatatkan 47, 117 adalah tertinggi di Malaysia.

Demikian dinyatakan oleh Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Petaling Jaya, Mohd Nazerie Osman.



Tegas Mohd Nazerie, “pangsapuri ini telah dikenal pasti antara di Selangor sebagai lokasi pembiakan nyamuk aedes yang perlu dipandang serius.

Antara punca kejadian adalah sikap sikap penghuni tidak menghiraukan pembiakan nyamuk dalam rumah seperti di dalam baldi, gully dan trap.

Pemeriksaan mendapati ruang koridor depan rumah juga terdapat takungan air. ”



“Semua pihak dapat membantu mengurangkan kes wabak denggi di kawasan ini.

Tindakan tegas akan diambil jika sengaja membiarkan pembiakan nyamuk aedes,” katanya kepada Bebasnews selepas program Gotong royong Gempur Aedes Rumah ke Rumah Pangsapuri Perdana di sini, ”ujarnya. 



Arshad Mat Rawi, 53, amat berharap penghuni di sini dapat bekerjasama bagi mengawal dan mencegah wabak denggi dan menjaga kebersihan di rumah masing-masing.

Dalam pada itu kakitangan pejabat Kesihatan Persekitaran Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor Petaling Jaya telah mengedarkan risalah dan bahan pembunuh jentik-jentik (ABATE ) dari rumah ke rumah bagi memberi kesedaran kepada penghuni di sini mengenai langkah cegah denggi.

– BebasNews

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI