Berwakaf dan berhibah bukan sekadar amal jariah, pahalanya berterusan
Berwakaf dan berhibah bukan sekadar amal jariah, pahalanya berterusan
By Editor - 19/10/2019
LAPORAN ZIHAN ZARI /Foto : MOHD KHUSHAIRI ABDUL KHALID
KUALA LUMPUR – “WAKAF diertikan sebagai satu amalan dengan menyerahkan sebahagian harta dimiliki untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
Demikian menurut Penaung Program Kasih Ikhlas AAT (PKIA), Mohd Khushairi Abdul Khalid menjelaskan, “PKIA menyalurkan bahan ilmiah kepada beberapa jenis institusi seperti mahad , sekolah, madrasah dan pondok pengajian.
Bukan itu sahaja, kerjasama dijalankan dengan mana – mana rumah anak yatim dan persatuan yang benar-benar memerlukan dan mengunakan bahan ilmiah yang dibeli serta dihibahkan oleh pelanggan – pelanggan yang prihatin untuk meringankan bebanan golongan yang memerlukan.
Sebagai inisiatif tersendiri, PKIA dibantu oleh ADE Azhar Trading Sdn Bhd, PHM Unity Distributor, AMJAD Distributor dan ALWAN Distributor turut
menyediakan peruntukkan khas bagi menyampaikan sumbangan dari segi wang tunai dan barangan dapur sebagai tambah nilai kepada program ini.
Walaupun kita sudah tiada lagi di dunia, amalan ini, pahalanya terus mengalir kepada dan akan diganjarkan pahala yang berkekalan dan berpanjangan selama mana harta wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan, “katanya.
Katanya lagi, “di samping melakukan sedekah yang lain, marilah merebut peluang untuk berwakaf dan berhibah sama ada dalam bentuk wang tunai, aset dan sebagainya, agar Allah swt memberikan kita keuntungan kehidupan akhirat yang kekal abadi.”
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mewakafkan dan menghibahkan suatu pemberian bagi program ini bolehlah menghubungi Mohd Khushairi Abdul Khalid di talian 019-4770366 atau boleh melayari facebook beliau https://www.facebook.com/321431161676616/posts/680981382388257/
- BebasNews
Ulasan