Pengguna merungut kurang parkir motosikal di UTC Shah Alam @Anggerik Mall

Pengguna merungut kurang parkir motosikal di UTC Shah Alam @Anggerik Mall


By Editor - 21/08/2019
Oleh ZIHAN ZARI

KELUH kesah dan rungutan penunggang motosikal berpusing mencari petak letak parkir, walaupun terdapat tanda peringatan ‘Zon Tunda’ namun terpaksa meletakkannya di bahu jalan semata-mata untuk membuat urusan di UTC Selangor @Anggerik Mall Shah Alam.

Mohd Addri Borhan,25, berkata “biarpun pihak UTC telah menyediakan kawasan letak motosikal berbayar namun pengguna tidak dapat memasukinya untuk membuat urusan”.

“Kemudahan parkir motor tidak mencukupi, saya terpaksa meletakkan di bahu jalan disebabkan kekurangan tempat letak motosikal,”kata, Nurul Shuada Othman, 21.

Hashim Mohd, 28, bekas tentera mengeluh, “menimbulkan pelbagai masalah lain seperti akan dikenakan tindakan di saman oleh pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). ”

Menurut, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA , Shahrin Ahmad, “motosikal, kereta dan apa jua kenderaan yang di letakkan di tepi bahu jalan atau tidak ditempat letak kereta yang ditetapkan maka boleh dikenakan kompaun oleh pihak penguatkuasa MBSA.

Katanya lagi, sekiranya meletakkan kenderaan di lokasi penundaan boleh ditunda dan dikenakan bayaran sebanyak RM270.”

Sementara itu, Pengurus UTC Selangor @Anggerik Mall Shah Alam Abdul Aziz Tajuddin, ketika dihubungi beliau menjelaskan, ” parkir motosikal di bahu jalan, pihaknya mendapati setakat hari ini tiada lagi saman dikeluarkan oleh pihak MBSA dan PDRM.
Semua pihak telah dimaklumkan kawasan parkir motosikal dan kereta adalah terhad.

Tambahnya,”pihak kami juga dalam proses membuat rayuan kepada pihak MBSA dan PDRM untuk tidak mengenakan sebarang tindakan saman kepada pelanggan dengan melantik petugas Rela pada hari Sabtu & Ahad.

Nasihatnya, agar meletakkan motosikal ditempat yang disediakan sahaja, bukan di tempat lain, yang boleh mengganggu laluan kenderaan lain.”

–BebasNews

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI