Masjid Al Ikhlas papar gambar tokoh ulama, pahlawan,dan negarawan

Masjid Al Ikhlas papar gambar  tokoh ulama, pahlawan dan negarawan



By Editor- 26/08/2019

Oleh ZIHAN ZARI

SHAH ALAM - GALERI ‘impromptu’ pejuang-pejuang Melayu di Masjid Al Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam ini nampak macam biasa, namun ia merupakan inisiatif murni pihak jawatankuasa masjid mengingatkan kepada para jemaah akan pengorbanan beberapa orang pejuang negara.

Mereka telah banyak menaburkan jasa kepada masyarakat.

Antara yang dipaparkan di sini  termasuk, gambar dan biografi ringkas Tunku Abdul Rahman, Tok Kenali, Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Tok Limbang Yam Tuan Antah, Dol Said, Rentap, Mat Salleh, Leftenan Adnan dan Sarjan Hassan.



Walaupun pejuang – pejuang daripada kaum Cina, India, dan Iban seperti Tun Tan Siew Sin, Tan Cheng Lock, Tun VT Sambanthan, Kanang Anak Langkau, Antanom Pahlawan Murut, Syarif Osman Pahlawan Kota Merudu turut menyumbang kepada sejarah awal negara, namun pihak masjid tidak dapat memaparkan kesemuanya kerana faktor ruang.

Menurut Pengurus/Imam 1 Masjid Al-Ikhlas, Abdullah Azzam, “galeri ini sengaja direka sedemikian rupa bagi mencetuskan semangat patriotisme cinta negara dan menyedarkan masyarakat agar menghayati sejarah perjuangan mereka.


Beliau berkata di samping dapat memberi maklumat kepada jemaah tentang tokoh-tokoh yang telah berjuang mempertahankan tanah air kita ia bertepatan dengan bulan kemerdekaan.

Imam 2 Masjid , Muawwidz Al-Ansori bersetuju dan menegaskan bahawa, “moyang kita terdahulu bersusah payah mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada penjajah dan oleh yang demikian jasa mereka perlu diperingatkan kepada jemaah.”


Secara dasarnya Masjid Al-Ikhlas menghidupkan suasana seperti ini, agar dapat memberi kefahaman kepada masyarakat dan kariah bahawa premis tersebut bukan sekadar tempat untuk bersolat, tetapi juga tempat memberikan kesedaran supaya mengkaji semula sirah dan sejarah.

Muawwidz mengungkapkan kata pepatah Arab, “barang siapa tidak belajar sejarah maka ia tidak dapat mencipta sejarah.”

“Orang terdahulu telah pun mencipta sejarah hebat, kini menjadi giliran kita untuk memberikan sumbangan besar buat agama dan tanah air ini.”

Bagi Imam 3 Masjid Al-Ikhlas, Ashyraf Jazari, “sesiapa yang mengetahui sejarah pasti tidak akan tertipu mahu pun terpengaruh dengan dakyah dan propaganda kuasa luar.

Bagi jemaah Zainal Mohd Ghazali, 48, “kebebasan dan kestabilan yang dirasai sekarang  sudah pasti ada tokoh-tokoh yang berjuang di sebaliknya bagi mendapatkan kemerdekaan.”


“Disebabkan jasa dan pengorbanan merekalah, hari ini kita semua dapat menikmati  mengecap kebebasan. ”

-BebasNews

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI