Inovasi dan geran sebagai strategi perniagaan

Inovasi dan geran sebagai strategi perniagaan

By Editor - 19/08/2019
LAPORAN/foto oleh  ZIHAN ZARI

“APAKAH yang akan berlaku sekiranya anda mempunyai idea perniagaan yang menarik tetapi tiada sumber dana bagi menzahirkan idea anda?

Bagaimana pula anda akan lakukan sekiranya anda memerlukan dana tambahan bagi melebarluaskan pasaran perniagaan anda ke peringkat antarabangsa?”

Demikian persoalan yang ditimbulkan oleh Megat Zainurul Anuar Megat Johari, seorang Business Coach atau pembimbing ushawan yang sangat aktif pada masa ini.

Beliau berusaha giat membantu membangunkan ushawan terutamanya usahawan teknologi, retail dan franchaise.

Megat Zainurul Anuar berkata, “akan sampai nanti setiap perniagaan akan memerlukan sumber dana sama ada bagi menjayakan idea perniagaan yang ada ataupun bagi membantu perniagaan untuk terus berdaya saing dan juga untuk memperluaskan pasaran serta berinovasi.

Pada saat dan ketika inilah pengetahun tentang di mana sumber dana boleh diperoleh adalah sangat penting kerana ianya akan menentukan kelangsungan sesebuah perniagaan, katanya kepada bebasnews.

Katanya , “syarikat ‘unicorn’ seperti Grab telah membuktikan perniagaan mereka berjaya dikembangkan dengan pesat dan jayanya dengan adanya bantuan dana.

Ini dibuktikan dengan beberapa siri bantuan dana yang diterima bermula dari penubuhannya pada 7 tahun yang lalu. Grab telah menerima bantuan dana sebanyak 27 kali berjaya mengutip sebanyak USD9.1 bilion.

Antaranya sumber dananya adalah melalui Vertex Venture Holdings sebanyak USD9.1 bilion, dana awam sebanyak US4.5 bilion dan pada tahun 2018 Grab sekali lagi diberikan bantuan dana oleh Japan Soft Bank sebanyak USD2 Bilion”.

Katanya lagi, “untuk membantu usaha ini satu program bertajuk “Innovation, Grant & Pitching” sedang giat dijalankan dibeberapa tempat bagi membantu ushawan mendapatkan dana dan geran bantuan yang ada.

Program ini bukan sahaja mendedahkan di mana adanya dana untuk setiap peringkat perniagaan tetapi juga mendidik ushawan memahami inovasi, berinovasi dan seterusnya menyampaikan idea inovasi dengan teknik ‘Business Pitching’ yang memukau”.

Bebasnews sempat bersama dan turut serta menyertai program kali yang ke-3 dijalankan di Akademi Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Malaysia (PIMPIN) , Shah Alam, baru-baru ini.

Menyaksikan sendiri, bagaimana peserta bukan saja dilatih tetapi juga dibimbing sehingga dapat melahirkan idea inovasi yang sangat berpotensi untuk dikomersilkan.

Program yang dijalankan selama dua hari itu, memberikan pengkhususan kepada peserta untuk mempelajari teknik bagi mendapatkan geran TERAJU-SUPERB yang bernilai RM500, 000 dan geran High Impact Program 6 (HIP6) yang bernilai RM200,000

Peserta juga didedahkan dengan cara memahami bagaimana menilai objektif, impak dan fokus penekanan sesuatu petandingan geran sebelum boleh memasuki pertandingan dan seterusnya memenangi pertandingan tersebut.

Tambah Megat lagi, “untuk mendapatkan nasihat tentang perlunya bantuan dana beliau telah memberikan tiga nasihat utama.

1.Dana sangat diperlukan bukan saja bagi menjayakan idea tetapi juga bagi mengembangkan perniagan dalam tempoh yang singkat dan Grab telah membuktikan kepada kita dalam tempoh 7 tahun saja mereka telah berjaya melebarluaskan pasaran dan membangunkan produk-produk berimpak tinggi seperti Grab Food.

2. Fokus penggunaan dana adalah bagi mengembangkan pasaran, mengembangkan perniagaan, membina kapisiti dan membangunkan inovasi secara berterusan. Dana tidak boleh digunakan bagi membayar hutang atau hanya bertujuan menanggung kos operasi.

3.Terdapat tujuh sumber dana yang utama bagi membantu ushawan iaitu Bantuan dana kerajaan, Pelabur Budiman (Angel Investor)’, Sumber Dana Awam (crowdfunding), ‘Venture Capital’, Pinjaman Bank, Pinjaman Peribadi (personal loan), dan Pinjaman dari Keluarga dan Sahabat (Love Money)”.

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini bolehlah terus menghubungi beliau dilink atau talian seperti dibawah.

www.facebook.com/coachmegat atau dihubungi secara terus di talian 6019-2750031. -Bebasnews

Coach Megat adalah panel coach kepada Teknologi Park Malaysia (TPM-IIC), panel coach kepada Perbadanan Nasional Berhad (PNS-Academy), Majlis Amanah Rakyat (MARA-UNI) dan juga perunding kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-PAKARUNDING).

-BebasNews

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI