Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2022

Pendidikan Pra-Sekolah Lahir Generasi Berilmu, Bertaqwa

Imej
Pendidikan Pra-Sekolah Lahir Generasi Berilmu, Bertaqwa 9 November 2015 Oleh ZIHAN ZARI  SUNGAI PETANI, 9 Okt (Malaysiaaktif) — PENDIDIKAN Pra-Sekolah berasaskan pendidikan Islam, seperti TASKA boleh membentuk akhlak, kemahiran berfikir dan kemantapan dari segi sahsiah di kalangan anak-anak. Peranan guru TASKA penting dalam mendidik untuk melahirkan generasi bertaqwa dan bertanggungjawab. Ketua Unit Pra-Sekolah TASKA Jabatan Hal-ehwal Agama Islam Kedah, Ustaz Abdul Mohsin Mohd Fadzil berkata demikian ketika merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) 2015 Daerah Kuala Muda, di sini Khamis lepas. Menurut Abdul Mohsin, “tidak dapat dinafikan bahawa institusi pendidikan Pra-Sekolah, seperti TASKA boleh memainkan peranan melaksanakan tanggung jawab mengasuh, mendidik serta membimbing mereka menjadi generasi yang cemerlang ilmu dan akhlak.” “Pendidikan kanak-anak perlu diterapkan dari kecil dan memerlukan belaian kasih sayang serta perhatian ibu bapa. Jika ib

JPAM selesaikan masalah pokok tumbang di Bukit Selambau

Imej
JPAM selesaikan masalah pokok tumbang di Bukit Selambau 21 November 2015 Oleh MOHD ZIHAN ZARI  BUKIT SELAMBAU, 21 Nov  (Malaysiaaktif) – HUJAN lebat dan ribut yang melanda kawasan ini tengah malam kelmarin menyebabkan  banyak pokok tumbang sehingga menghempap dua  rumah di Kampong Sekawan, di sini. Tindakan pantas empat  anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)  Kuala Muda berjaya menyelamatkan  dua buah rumah  milik Mong Kun A/L Ai Pouw dan Epom A/P Pian. Pegawai Pertahanan Awam Kuala Muda , Leftenan Muda  (PA) Azahar  Ahmad  berkata,  sebaik menerima maklumat kira-kira pukul 11.25  pagi  daripada Pegawai Khas Ahli Parlimen Merbok, Haroon Mat, seramai empat anggota   diketuai oleh Sarjan (PA) Hasrul  Mohd Heary Halim  bersama satu jentera operasi bergerak  ke lokasi kejadian.  Anggota JPAM berjaya  membuat pemotongan dan pembersihan di sekitar rumah yang dihempap pokok. Menurut Mong Kun, “ini kali pertama rumah saya dihempap pokok durian, mujurlah  tiada kejadian buruk berlaku,

Ribut tidak sampai lima minit , 30 buah rumah di Bedong rosak

Imej
Ribut tidak sampai lima minit , 30 buah rumah di Bedong rosak  29 November 2015 Oleh MOHD ZIHAN ZARI  BEDONG, 29 Nov (Malaysiaaktif) —  RIBUT angin dan hujan lebat lewat petang semalam menyebabkan beberapa kejadian pokok besar menimpa rumah di sini. Menurut Penghulu Mukim Bujang, Zamri Jamaluddin,“kawasan paling teruk terkesan ialah Taman Sinar Mentari, Kampung Haji Ngah,Taman Rasa Sayang, Kampung Lebai Ali, Kampung Zainol Abidin, Batu 1, Simpang Harvard dan Kampung Lombong.  Penghulu Mukim Bujang, Zamri Jamaluddin menunjukkan rumah yang  teruk terkesan Kejadian berlaku sekitar lima minit jam 5.30 petang itu membabitkan 30 buah rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung namun dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa.” Berikutan itu, Zamri berharap supaya Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dapat menjalankan kerja-kerja pemangkasan pokok besar, terutama di Taman Sinar Mentari. Anggota JPAM Kuala Muda membantu rumah yang terkena ribut  Seorang penduduk, Azizah Said, 57 yang

Masyarakat Disaran Menjadi Pengikrar Penderma Organ

Imej
Masyarakat Disaran Menjadi Pengikrar Penderma Organ 18 Oktober 2015 Oleh ZIHAN ZARI  SEMELING, 18 Okt (Malaysiaaktif) — SEMAKIN ramai rakyat prihatin akan inisiatif menderma organ berikutan pelaksanaan Pelan Strategik Kesedaran Pendermaan Organ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  “Buat masa ini, lebih daripada 300,000 rakyat Malaysia telah berikrar sebagai penderma organ, hanya mencatatkan sekitar satu peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia,  iatu 30 juta orang. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye. Lee berkata, “dengan adanya program seperti ini, lebih ramai akan tampil sebagai pengikrar di negeri Kedah, khasnya”, katanya semasa perasmian  Pelancaran Kempen Pendermaan Organ 2015 Peringkat Negeri Kedah di AIMST Universiti di sin.  Secara spesifik di Malaysia seramai 310,391 orang telah tampil mendaftarkan diri untuk  untuk mendermakan organ atau tisu selepas mereka meninggal dunia.

Jabatan Kesihatan Kedah Sambut Hari AIDS Sedunia

Imej
Jabatan Kesihatan Kedah Sambut Hari AIDS Sedunia 10 Disember 2015 Oleh MOHD ZIHAN ZARI  ALOR SETAR, 10 Dis (Malaysiaaktif)  –  “HIV/AIDS kini sukar dibendung kerana amalan perlakuan seks tidak sihat dan perkongsian jarum suntikan berleluasa.” Timbalan Pengarah Perubatan 1, Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Zaiton Udin yang mewakili Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Dr. Zorina Khalid berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari AIDS Sedunia 2015 Peringkat Hospital Sultanah Bahiyah di sini semalam. Sehubungan itu, beliau berkata, “sepanjang bulan ini, pihaknya mengadakan pelbagai program selaras dengan tema ‘Menuju Sifar’, seperti ditetapkan dalam Program Bersama Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai HIV dan AIDS.” Dr. Zaiton turut menekankan bahawa dalam menangani wabak yang semakin serius ini, masyarakat perlu lebih peka terhadap risiko penyebaran virus HIV. Sempena Hari AIDS Sedunia 2015 ini, Jabatan Kesihatan Kedah telah mengatur pelbagai acara sambutan, termasuk pameran, kuiz, ujian sar

Sumbangan Kenderaan Kepada K1M, Kolej Komuniti Darulaman

Imej
Sumbangan Kenderaan Kepada K1M, Kolej Komuniti Darulaman 19 Oktober 2015 Oleh ZIHAN ZARI  SUNGAI PETANI, 18 Okt  (MalaysiaAktif) —  KOMUNITI 1 Malaysia (K1M) Parlimen Sungai Petani hari ini menerima kenderaan terpakai Isuzu Trooper yang boleh digunakan semula untuk keperluan kerja sukarela. Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Kedah, Normah Ramli berkata, “ini kali pertama di Kedah pihaknya menyumbangkan kenderaan terpakai kepada K1M Parlimen Sungai Petani.” Beliau berkata demikian ketika mewakili Pengarah Penerangan Kedah, Dr. Haniff Hassan, di majlis Penyampaian Sumbangan Kenderaan Terpakai untuk kegunaan masyarakat dan perkhidmatan sukarela di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda, di sini. “Kesemua  lima buah K1M, iaitu Mukim Kuala/Haji Kudong, Mukim Pekula, Mukim Rantau Panjang, Mukim Simpor dan Mukim Bukit Meriam dalam Parlimen Sungai Petani merupakan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan kelolaan Jabatan Penerangan Kedah, ”katanya lagi.  Di majlis sama, Kolej Komuniti Darulaman, Jitra

UiTM Cawangan Kedah Cipta Sejarah, Lahirkan 690 Graduan

Imej
UiTM Cawangan Kedah Cipta Sejarah, Lahirkan 690 Graduan 28 November 2015 Oleh MOHD ZIHAN ZARI  MERBOK, 28 Nov (Malaysiaaktif) — SERAMAI 690 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-83 yang berlangsung di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di sini pada Ahad lepas. Menurut Rektor UITM Kedah, Dr Asmadi Mohammed Ghazali, istiadat konvokesyen kali ini amat istimewa dan akan terpahat dalam lipatan sejarah UiTM kerana buat julung kalinya ia diadakan dan disambut oleh warga UiTM Kedah sendiri. Koordinator Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa UiTM Kedah, Azlan Abdul Rahman,  berkata, “seramai 686 graduan menerima diploma dan empat graduan mendapat Ijazah Sarjana Muda dari tujuh fakulti, iaitu Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Fakulti

Terima kasih Jabatan Penjara Sibu

Imej
Terima kasih Jabatan Penjara Sibu  13/06/2016 Oleh ZIHAN ZARI  PADA 23 April 2016, buat pertamakalinya saya sampai di bumi kenyalang, Sarawak untuk ke daerah Belaga, saya terkandas di bandar Sibu tidak tahu hala tuju hendak ke mana.  Saya difahamkan oleh penduduk Sibu untuk ke daerah Belaga amat jauh dan perlu menaiki bot laju menggunakan laluan sungai untuk ke Kapit selama tiga jam. Dari Kapit bermalam dan menaiki bot laju selama lima jam dan mesti mengharungi laluan jeram batu yang amat mencabar di Pelagus, barulah boleh sampai ke Belaga. Atas ihsan Jabatan Penjara Pusat Sibu, saya diberikan menumpang di Rumah Rehat, selama satu hari dua malam sementara meneruskan perjalananan saya ke Belaga menggunakan laluan sungai dengan bot ekspres hanya pada siang hari sahaja. Menerusi ruangan in, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Timbalan Penguasa Penjara Pusat Sibu, Trio Kurniawan Kusmadi yang membenarkan saya menumpang di Rumah Rehat Penjara Pu

Permukaan Jalan Tidak Rata Bahaya Kepada Penunggang Motosikal

Imej
Permukaan Jalan Tidak Rata Bahaya Kepada Penunggang Motosikal 8 Januari 2016 Oleh MOHD ZIHAN ZARI  SUNGAI PETANI, 8 Jan  (Malaysiaaktif) – PERMUKAAN jalan yang tidak rata dan beralun di jalan utama berhadapan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) Cawangan Sungai Petani menghala ke Kuala Ketil membahayakan pengguna, khususnya penunggang motosikal. Tinjauan Malaysiaaktif  baru-baru ini mendapati ramai penunggang terpaksa mengelak bahagian yang tidak rata dan menonjol itu. Penunggang motosikal, Zakaria Othman,57, dari Paya Nahu 2, berkata dia sudah lali dengan keadaan jalan di kawasan tersebut walaupun dirasakan amat berbahaya, terutama pada waktu malam. Mohd Salleh Abdullah 64, berkata penambahbaikan dengan menurap semula jalan ini perlu dilakukan segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Sementara itu, wartawan Malaysiaaktif  telah menghubungi pihak berkenaan bagi mendapatkan komen. Satu sumber daripada Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda/Sik, b

Pembelaan Wanita Dalam Undang-Undang Keluarga Islam

Imej
Pembelaan Wanita Dalam Undang-Undang Keluarga Islam 3 November 2015 Oleh ZIHAN ZARI  SUNGAI PETANI – 2 OKT (MalaysiaAktif) — RAMAI tidak sedar bahawa pembelaan hak wanita termaktub dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam. Menurut Penyelidik Jabatan Mufti Negeri Kedah, Ustazah Faridah Ahmad, oleh kerana tidak menyedari perkara tersebut, mereka sering kali keliru dan buntu apabila berhadapan dengan masalah rumahtangga. Faridah berkata, “hak wanita itu jelas di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam yang bertujuan memberi keadilan menurut hukum syarak supaya tidak ditindas.” Tambahnya, enakmen ini  juga jelas memberi kelebihan dan menjaga kedudukan mereka sebagai isteri. Beliau berharap dengan adanya peruntukkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, wanita dapat berfikir untuk menentukan hak supaya kedudukan mereka terbela dan terjamin. Faridah mencadangkan supaya ditingkatkan lagi kefahaman wanita, khususnya di Kedah dalam hal-hal kekeluargaan Islam dan hak mereka di sisi syarak d

Polis Kedah Terima MPV, URB Baharu Bagi Mantap Tugas

Imej
Polis Kedah Terima MPV, URB Baharu Bagi Mantap Tugas 31 Disember 2015 Oleh MOHD ZIHAN ZARI  SUNGAI PETANI, 31 Dis (Malaysiaaktif) — “SEBANYAK 86 unit kereta peronda atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) jenis Proton Inspira 2.0L dan tambahan 44 buah Motosikal Unit Rondaan Bermotosikal (URB) jenis CBR 250 diserahkan oleh Spanco Sdn Bhd kepada Kontinjen Polis Kedah untuk kegunaan di 11 Ibu Pejabat Polis (IPD) di seluruh Kedah. Penambahan aset ini bertujuan memantapkan keupayaan  polis Kedah dalam usaha mencegah jenayah, selain mendekatkan polis dengan masyarakat.” Ketua Polis Kedah, CP Datuk Zamri Yahya berkata demikian dalam sidang media sempena majlis penyerahan kereta peronda polis (MPV) dan motosikal unit rondaan bermotosikal (URB) di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini semalam. Menurut Zamri, “IPD Kubang Pasu, IPD Langkawi dan IPD Padang Terap yang terletak bersempadan dengan Thailand akan mempertingkatkan kawalan di daerah masing-masing daripada dibolosi kumpulan ekstremis yan

Peleceh Gen Y Timbulkan Persepsi Mereka Tidak Berkredibiti

Imej
Peleceh Gen Y Timbulkan Persepsi Mereka Tidak Berkredibiti 28 Oktober 2015 Oleh  ZIHAN ZARI  SUNGAI PETANI, 27 OKT (Malaysiaaktif) —  GENERASI muda di Malaysia meraih peratusan tinggi dengan hampir separuh daripada jumlah penjawat awam, iaitu 45.1 peratus % terdiri daripada  Generasi Y (1977-1997). Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara, Datuk Dr. Mazlan Yusoff, berkata, “pelbagai kisah kejayaan dan kebaikan telah dilakar di atas kanvas pembangunan negara oleh generasi terdahulu dan perlu disambung  semula oleh Generasi Y pada hari ini. Mereka yang cenderung mengaitkan aspek usia dan kebolehan untuk memimpin dengan melemparkan andaian kononnya pemimpin muda kurang kredibiliti dalam kepimpinan disebabkan usia. Ini mewujudkan gambaran dan seterusnya tanggapan negatif terhadap generasi muda.” Mazlan berkata demikian di Seminar Kepimpinan Muda Merai Perbezaan, Mencari Persamaan anjuran  Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Wilayah Utara  hari ini. “Saya berharap  semua ketua jabat

JPAM Terima 3 Buah Bot, 2 Enjin Mercury Dari APMM

Imej
JPAM Terima 3 Buah Bot, 2 Enjin Mercury Dari APMM Penyerahan bot kepada KP JPAM, Haji Ogu Salim Omar oleh KP APMM, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar  Foto: Zihan Zari  17 Januari 2016 Oleh MOHD ZIHAN ZARI  KUALA KEDAH,17 Jan (Malaysiaaktif) — JABATAN Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menerima tiga buah bot dan dua unit enjin jenis Mercury 60HP daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai salah satu pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik daripada kerajaan. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, “melalui inisiatif ini secara langsung dapat memenuhi keperluan masyarakat sebagai pengangkutan di kawasan banjir.” Dalam ucapannya yang disampaikan oleh Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar semasa majlis Penyerahan di Pangkalan Maritim Malaysia, di sini pada Jumaat.  Shahidan, berkata, “kerjasama APMM dan JPAM dalam bentuk pemberian lucut hak

Pengarah JPN Kedah Bantu 6 Beradik Dapat Sijil Kelahiran

Imej
Pengarah JPN Kedah bantu 6 beradik dapat sijil kelahiran  Pengarah JPN Kedah, Zuhair Jamaludin   melawat enam beradik yang tidak memiliki Sijil Kelahiran /Foto: Zihan Zari  15 Januari 2016 Oleh  MOHD ZIHAN ZARI  SUNGAI LAYAR, 15 Jan (Malaysiaaktif) — DI ATAS inisiatif  seorang wartawan Malaysiaaktif memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kedah berhubung enam beradik yang tidak memiliki Sijil Kelahiran, masalah tersebut dapat diselesaikan semalam. Dengan adanya Sijil Kelahiran, kesemua enam beradik kini dapat merealisasikan impian untuk meneruskan persekolahan. Pengarah JPN Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, “mereka sememangnya layak membuat permohonan secara pendaftaran lewat dengan mengemukakan borang permohonan bersama dokumen untuk diproses dalam masa 15 hari.” “Namun begitu, mereka perlu mengemukakan borang permohonan bersama dokumen sokongan,  seperti sijil pernikahan dari Jabatan Agama Islam  dan pengesahan daripada hospital bagi membuktikan kelahiran mereka atau sura

Tiada Sijil Kelahiran Enam Beradik Tidak Dapat Ke Sekolah

Imej
Tiada Sijil Kelahiran Enam Beradik Tidak Dapat Ke Sekolah 13 Januari 2016 Oleh : MOHD ZIHAN ZARI  SUNGAI PETANI,12 JAN (Malaysiaaktif) – HASRAT enam beradik untuk bersekolah amat sukar dan tidak kesampaian disebabkan tidak mempunyai sijil lahir sejak mereka dilahirkan. Mohamad Syukri Abdul Aziz,15, Mohamad Shafik Abd Aziz,13, Mohamad Anwar Abdul Aziz,11, Mohamad Haikal Alif Abdul Aziz,9, Mohamad Kabir Ibrahim Abdul Aziz,8, dan Nurul Solehah Abdul Aziz,7, kini tinggal menumpang bersama dengan bapa saudaranya, Ahmad Meera Hussain,40, di Taman Orkid, Fasa 2, Sungai Layar, di sini.  Abang sulung enam beradik, Mohamad Syukri, berkata, “sebelum ini mereka tinggal di Kampung Kolam, Padang Besar, Perlis dan pernah bersekolah sehingga darjah 6 dan adiknya Mohamad Shafik bersekolah hingga darjah 3 manakala empat adiknya yang lain tidak pernah bersekolah. Saya tidak dapat meneruskan pelajaran saya ke Tingkaan 1 disebabkan tidak mempunyai sijil kelahiran, jelasnya dengan nada sedih.  Disebabkan t

Khairul Anuar Berbasikal 30km Sempena Hari Sukan Negara

Imej
Khairul Anuar Berbasikal 30km Sempena Hari Sukan Negara 11 Oktober 2015 Oleh: ZIHAN ZARI  SUNGAI PETANI, 11 Okt (Malaysiaaktif) — NAMA Khairul Anuar Hasni, 33, bersama pasukannya, Northern Cycling Team (NCT) tidak asing lagi dalam sukan berbasikal di daerah Kuala Muda. Semalam, sempena Hari Sukan Negara pasukannya telah menyertai Penang Bridge Challenge Zon Utara kategori Fun Ride anjuran Kelab Sukan Kecergasan MyFit di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai. Kayuhan sejauh 30km yang bermula dari Stadium Batu Kawan ke Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan berpatah balik menyaksikan Khairul Anuar berjaya menamatkan perlumbaan dengan baik. Beliau yang berasal dari Sungai Petani dan bertugas sebagai Pembantu Awam di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda, mula menceburi aktiviti berbasikal sejak Disember 2014 dan telah menjelajah ke beberapa tempat di Pulau Pinang dan Kedah. Beliau menyertai kejohanan jamboree sebanyak dua kali dan fun ride sebanyak lima kali peringkat utara. Sepanjang