Khairul Anuar Berbasikal 30km Sempena Hari Sukan Negara

Khairul Anuar Berbasikal 30km Sempena Hari Sukan Negara


11 Oktober 2015

Oleh: ZIHAN ZARI 

SUNGAI PETANI, 11 Okt (Malaysiaaktif) — NAMA Khairul Anuar Hasni, 33, bersama pasukannya, Northern Cycling Team (NCT) tidak asing lagi dalam sukan berbasikal di daerah Kuala Muda.

Semalam, sempena Hari Sukan Negara pasukannya telah menyertai Penang Bridge Challenge Zon Utara kategori Fun Ride anjuran Kelab Sukan Kecergasan MyFit di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai.

Kayuhan sejauh 30km yang bermula dari Stadium Batu Kawan ke Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan berpatah balik menyaksikan Khairul Anuar berjaya menamatkan perlumbaan dengan baik.

Beliau yang berasal dari Sungai Petani dan bertugas sebagai Pembantu Awam di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda, mula menceburi aktiviti berbasikal sejak Disember 2014 dan telah menjelajah ke beberapa tempat di Pulau Pinang dan Kedah.

Beliau menyertai kejohanan jamboree sebanyak dua kali dan fun ride sebanyak lima kali peringkat utara. Sepanjang berkecimpung dalam sukan berbasikal, beliau berjaya mengumpul koleksi sebanyak tujuh pingat.

Kayuhan beliau paling jauh pernah direkodkan ialah dari Sungai Petani ke Butterworth, sejauh 110km pergi dan balik. Cabaran paling mencabar pernah beliau hadapi, apabila membuat kayuhan dari kaki Gunung Jerai hingga ke puncak sebanyak dua kali.

Bagi Khairul Anuar, “bukan kemenangan sebagai juara yang diimpikan tetapi sekadar dapat menyertai perlumbaan pun sudah dianggap mencukupi, kerana memberi kepuasan pada dirinya.”

Rakan beliau, Shahrul Azwan, 34 dan Mohd Sukri, 32, berkata, “Northern Cycling Team (NCT) akan membuat penjelajahan ke Kelantan dan Perak pada tahun hadapan”.

https://malaysiaaktif.my/2015/10/khairul-anuar-berbasikal-30km-sempena-hari-sukan-negara/


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI