JPAM Terima 3 Buah Bot, 2 Enjin Mercury Dari APMM

JPAM Terima 3 Buah Bot, 2 Enjin Mercury Dari APMM

Penyerahan bot kepada KP JPAM, Haji Ogu Salim Omar oleh KP APMM, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar 
Foto: Zihan Zari 

17 Januari 2016

Oleh MOHD ZIHAN ZARI 

KUALA KEDAH,17 Jan (Malaysiaaktif) — JABATAN Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menerima tiga buah bot dan dua unit enjin jenis Mercury 60HP daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai salah satu pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik daripada kerajaan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, “melalui inisiatif ini secara langsung dapat memenuhi keperluan masyarakat sebagai pengangkutan di kawasan banjir.”

Dalam ucapannya yang disampaikan oleh Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar semasa majlis Penyerahan di Pangkalan Maritim Malaysia, di sini pada Jumaat. 

Shahidan, berkata, “kerjasama APMM dan JPAM dalam bentuk pemberian lucut hak amat menepati aspirasi penjimatan perbelanjaan kerajaan dan kesinambungan kesejahteraan rakyat.”

Menurutnya, “melalui pendekatan ini, bot-bot lucut yang masih elok boleh digunakan untuk tugas pengurusan bencana dan bantuan banjir.”

“Sebanyak 243 buah bot lucut hak telah ditenggelamkan untuk dijadikan tukun tiruan di seluruh perairan negara, sebahagian besar di pantai timur, Sabah dan Sarawak,serta perairan Kedah dan Pulau Pinang, ”ujarnya lagi. 

Ketua Pengarah JPAM, Haji Ogu Salim Omar, berkata, “pemberian bot tersebut secara tidak langsung dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihaknya untuk latihan dan operasi menyelamat mengikut kesesuaian, sama ada di persisiran pantai atau semasa banjir.”


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI