Masyarakat Disaran Menjadi Pengikrar Penderma Organ

Masyarakat Disaran Menjadi Pengikrar Penderma Organ

18 Oktober 2015

Oleh ZIHAN ZARI 

SEMELING, 18 Okt (Malaysiaaktif) — SEMAKIN ramai rakyat prihatin akan inisiatif menderma organ berikutan pelaksanaan Pelan Strategik Kesedaran Pendermaan Organ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 “Buat masa ini, lebih daripada 300,000 rakyat Malaysia telah berikrar sebagai penderma organ, hanya mencatatkan sekitar satu peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia,  iatu 30 juta orang.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye.

Lee berkata, “dengan adanya program seperti ini, lebih ramai akan tampil sebagai pengikrar di negeri Kedah, khasnya”, katanya semasa perasmian  Pelancaran Kempen Pendermaan Organ 2015 Peringkat Negeri Kedah di AIMST Universiti di sin. 

Secara spesifik di Malaysia seramai 310,391 orang telah tampil mendaftarkan diri untuk  untuk mendermakan organ atau tisu selepas mereka meninggal dunia. Daripada jumlah tersebut, bilangan pengikrar wanita adalah 175,111 (56.4 peratus dan selebihnya lelaki.”

“Sejak Januari  hingga September 2015, daripada 20,397 orang pengikrar baharu, pengikrar Melayu mendahului dengan seramai 8,988 (44.1 %), India 5,527 (27.1%), Cina 3,960 (19.4%) dan lain-lain 1,922 (9.4%)”.

Dalam pada itu, lebih 19,000 pesakit sedang menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ, termasuk mereka yang menghadapi kegagalan buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru, ”ujarnya. 

“Kadar pendermaan organ adalah amat rendah jika dibandingkan dengan keperluan, dengan catatan sekitar 0.6 pendermaan persejuta penduduk. Ini menjadikan Malaysia antara yang terendah di dunia.

Melalui kempen Jom Bincang, beliau mengajak sukarelawan menyampaikan maklumat  dan berbincang untuk mengatasi salah tanggapan dan menjadikan derma organ satu kebiasaan dan bukan suatu yang janggal atau menakutkan, ”ujarnya lagi. 

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata dari Januari hingga September lalu,  Jabatan Kesihatan Kedah telah berjaya mendaftarkan seramai 1,097 orang pengikrar daripada 6,478 orang jumlah keseluruhan pengikrar baharu  di seluruh negara.

Menurut Norhizan, “jumlah penderma organ dan tisu kadaverik selepas kematian adalah seramai 57 orang (Cina 29 orang, India 17 Orang, Melayu 9 orang dan lain-lain 2 orang).”


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI