JPAM selesaikan masalah pokok tumbang di Bukit Selambau

JPAM selesaikan masalah pokok tumbang di Bukit Selambau

21 November 2015

Oleh MOHD ZIHAN ZARI 

BUKIT SELAMBAU, 21 Nov  (Malaysiaaktif) – HUJAN lebat dan ribut yang melanda kawasan ini tengah malam kelmarin menyebabkan  banyak pokok tumbang sehingga menghempap dua  rumah di Kampong Sekawan, di sini.

Tindakan pantas empat  anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)  Kuala Muda berjaya menyelamatkan  dua buah rumah  milik Mong Kun A/L Ai Pouw dan Epom A/P Pian.

Pegawai Pertahanan Awam Kuala Muda , Leftenan Muda  (PA) Azahar  Ahmad  berkata,  sebaik menerima maklumat kira-kira pukul 11.25  pagi  daripada Pegawai Khas Ahli Parlimen Merbok, Haroon Mat, seramai empat anggota   diketuai oleh Sarjan (PA) Hasrul  Mohd Heary Halim  bersama satu jentera operasi bergerak  ke lokasi kejadian. 

Anggota JPAM berjaya  membuat pemotongan dan pembersihan di sekitar rumah yang dihempap pokok.

Menurut Mong Kun, “ini kali pertama rumah saya dihempap pokok durian, mujurlah  tiada kejadian buruk berlaku, selain kerosakan atap di bahagian ruang tamu,”  katanya kepada  Malaysiaaktif.

Manakala, Epom berkata, “rumah saya hanya mengalami kerosakan atap di ruangan dapur.”

Dalam pada itu, Azhar  turut meminta orang ramai  segera menghubungi pihak berkuasa ketika berhadapan dengan situasi sedemikian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI