UiTM Cawangan Kedah Cipta Sejarah, Lahirkan 690 Graduan

UiTM Cawangan Kedah Cipta Sejarah, Lahirkan 690 Graduan


28 November 2015

Oleh MOHD ZIHAN ZARI 

MERBOK, 28 Nov (Malaysiaaktif) — SERAMAI 690 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing dalam Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-83 yang berlangsung di Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah di sini pada Ahad lepas.

Menurut Rektor UITM Kedah, Dr Asmadi Mohammed Ghazali, istiadat konvokesyen kali ini amat istimewa dan akan terpahat dalam lipatan sejarah UiTM kerana buat julung kalinya ia diadakan dan disambut oleh warga UiTM Kedah sendiri.

Koordinator Unit Komunikasi Korporat dan Perhubungan Antarabangsa UiTM Kedah, Azlan Abdul Rahman,  berkata, “seramai 686 graduan menerima diploma dan empat graduan mendapat Ijazah Sarjana Muda dari tujuh fakulti, iaitu Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Fakulti Perakaunan, Fakulti Pengurusan Maklumat, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik serta Fakulti Pengurusan Pelancongan.”

Graduan Terbaik, Siti Hasmah Kasmin, 21, yang mengikuti jurusan Diploma Perakaunan berkata, “tidak dapat saya nak menggambarkan perasaan saya ketika ini setelah bertungkus lumus belajar. Bagaimana pun, sokongan keluarga amat penting, terutama ibu yang banyak membantu.”

Sementara itu, Muhammad Radzi Che Ahmad, 21,  muncul sebagai graduan terbaik dan penerima Anugerah Canselor dalam kursus Diploma Seni Lukis dan Seni Reka Perindustrian berkata, “alhamdulillah, selepas ini saya akan menyambung pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sehingga mencapai kejayaan yang saya ingini”.

Majlis disempurnakan oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI