Terima kasih Jabatan Penjara Sibu
Terima kasih Jabatan Penjara Sibu
13/06/2016
Oleh ZIHAN ZARI
PADA 23 April 2016, buat pertamakalinya saya sampai di bumi kenyalang, Sarawak untuk ke daerah Belaga, saya terkandas di bandar Sibu tidak tahu hala tuju hendak ke mana.
Saya difahamkan oleh penduduk Sibu untuk ke daerah Belaga amat jauh dan perlu menaiki bot laju menggunakan laluan sungai untuk ke Kapit selama tiga jam. Dari Kapit bermalam dan menaiki bot laju selama lima jam dan mesti mengharungi laluan jeram batu yang amat mencabar di Pelagus, barulah boleh sampai ke Belaga.
Atas ihsan Jabatan Penjara Pusat Sibu, saya diberikan menumpang di Rumah Rehat, selama satu hari dua malam sementara meneruskan perjalananan saya ke Belaga menggunakan laluan sungai dengan bot ekspres hanya pada siang hari sahaja.
Menerusi ruangan in, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Timbalan Penguasa Penjara Pusat Sibu, Trio Kurniawan Kusmadi yang membenarkan saya menumpang di Rumah Rehat Penjara Pusat Sibu.
Tidak lupa juga kepada Koperal Penjara (pemandu) yang banyak membantu saya semasa menginap di Rumah Rehat Penjara Pusat Sibu. Tanpa bantuan mereka semua tidak mungkin saya akan sampai ke Belaga.
Tahniah! di atas sikap keperhatian mereka membantu saya. Jasa baik dan budi kalian akan saya kenang dalam sepanjang hidup saya.
Ulasan