Peleceh Gen Y Timbulkan Persepsi Mereka Tidak Berkredibiti

Peleceh Gen Y Timbulkan Persepsi Mereka Tidak Berkredibiti



28 Oktober 2015

Oleh  ZIHAN ZARI 

SUNGAI PETANI, 27 OKT (Malaysiaaktif) —  GENERASI muda di Malaysia meraih peratusan tinggi dengan hampir separuh daripada jumlah penjawat awam, iaitu 45.1 peratus % terdiri daripada  Generasi Y (1977-1997).

Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara, Datuk Dr. Mazlan Yusoff, berkata, “pelbagai kisah kejayaan dan kebaikan telah dilakar di atas kanvas pembangunan negara oleh generasi terdahulu dan perlu disambung  semula oleh Generasi Y pada hari ini.

Mereka yang cenderung mengaitkan aspek usia dan kebolehan untuk memimpin dengan melemparkan andaian kononnya pemimpin muda kurang kredibiliti dalam kepimpinan disebabkan usia. Ini mewujudkan gambaran dan seterusnya tanggapan negatif terhadap generasi muda.”

Mazlan berkata demikian di Seminar Kepimpinan Muda Merai Perbezaan, Mencari Persamaan anjuran  Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Wilayah Utara  hari ini.

“Saya berharap  semua ketua jabatan dapat memahami kehendak dan keperluan golongan muda dalam organisasi masing-masing demi kelangsungan perkhidmatan awam yang gemilang serta bersama membina kekuatan daripada perbezaan antara generasi yang ada.

Persamaan yang wujud di seluruh dunia ialah generasi ini dilengkapi pelbagai kemajuan teknologi dan sering berkomunikasi melalui WTF – Whatsapp, Twitter dan Facebook dan pelbagai media sosial lain, ”ujarnya.

Tambahnya lagi, “seminar ini dapat dijadikan platform penjawat awam menambah khazanah pengetahuan baharu, meluaskan perkongsian pengalaman sesama pegawai muda pelbagai sektor dan seterusnya memantapkan hubungan jaringan.”

Pembantu Tadbir Kewangan, Muniandy Soundrajan, 24, berkata, “generasi Y memiliki bakat dan potensi besar untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan perlu bekerjasama dengan generasi Baby Boomers (1946-1964)  dan Gen X (1965-1976).”

Manakala, Pegawai Veterinar, Mahadhir Mustafa, 37, berpendapat, “pembangunan negara masa hadapan akan diteruskan oleh generasi muda hari ini yang mempunyai pendidikan lebih baik, sikap kompetitif dan berfikiran jauh.

Mereka boleh  menggunakan keupayaan sendiri  sebagai sumber kebolehan, daya keusahawanan dan kepimpinan.”

Aishah Musa, 38, berkata, “sikap saling menghormati dan persefahaman penting untuk memastikan sesebuah organisasi mencapai matlamat. Tambahnya, kepelbagaian generasi memberi kelebihan dalam mendapatkan pelbagai idea baru dan kreatif untuk kejayaan sesebuah organisasi.”

Sempena seminar  turut diadakan, sesi perbincangan bertajuk “Memperkasakan Perhubungan Inter Generasi”  dikupas oleh ikon Generasi X dan Y yang  mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing, iaitu  Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Sains Malaysia,  Dr. Salmi  Mohd Isa, Pengarah Urusan, Ibrah Paradigm Training and Consultancy,  Ustaz Muhammad Syaari Abd Rahman, Pengurus Pembangunan dan Kawalan Kandungan  TV Al-Hijrah, Azmel  Abrar dan Pengarah INTAN Wilayah Utara, Dr. Zurina Abdul Hamid.

Hadir sama , ikon Generasi Baby Boomers, Pakar Psikologi Hospital, Kuala Lumpur, Profesor Datuk Dr. Mat Saat  Baki  yang turut sama mengadakan sesi perkongsian ilmu kepelbagaian generasi bertajuk “Satu  Keistimewaan Dalam Perkhidmatan” .

Seminar sehari ini menghimpunkan 185 penjawat awam daripada pelbagai agensi kerajaan dan Badan Berkanun  mewakili empat generasi (Baby Boomers, Generasi X, Generasi Y dan Generasi Z)  dari zon utara melibatkan  Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI