Ribut tidak sampai lima minit , 30 buah rumah di Bedong rosak

Ribut tidak sampai lima minit , 30 buah rumah di Bedong rosak 

29 November 2015

Oleh MOHD ZIHAN ZARI 

BEDONG, 29 Nov (Malaysiaaktif) —  RIBUT angin dan hujan lebat lewat petang semalam menyebabkan beberapa kejadian pokok besar menimpa rumah di sini.

Menurut Penghulu Mukim Bujang, Zamri Jamaluddin,“kawasan paling teruk terkesan ialah Taman Sinar Mentari, Kampung Haji Ngah,Taman Rasa Sayang, Kampung Lebai Ali, Kampung Zainol Abidin, Batu 1, Simpang Harvard dan Kampung Lombong. 

Penghulu Mukim Bujang, Zamri Jamaluddin menunjukkan rumah yang  teruk terkesan

Kejadian berlaku sekitar lima minit jam 5.30 petang itu membabitkan 30 buah rumah mengalami kerosakan pada bahagian bumbung namun dan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa.”

Berikutan itu, Zamri berharap supaya Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dapat menjalankan kerja-kerja pemangkasan pokok besar, terutama di Taman Sinar Mentari.

Anggota JPAM Kuala Muda membantu rumah yang terkena ribut 

Seorang penduduk, Azizah Said, 57 yang tinggal di Taman Sinar Mentari berkata, “bahagian depan rumah saya dihempap pokok besar dan berharap ada pihak sudi memberi bantuan kerana saya tidak mampu untuk membaikinya.”

Turut mengalami masalah yang sama, Mutte A/P Muthusamy, 57,  menyifatkan kejadian ribut itu sebagai amat menakutkan.

Manakala, Zamberi Shamsool Ambiya, 43, dari Kampung Lebai Ali berkata, “atap pada bahagian dapur rumahnya rosak dan diterbangkan angin ribut. 

Saya amat berharap mana-mana pihak dapat membantu membaiki rumahnya dengan kadar segera.”


Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gurun, Datuk Dr. Leong Yong Kong yang melawat lokasi kejadian  semalam memberitahu Malaysiaaktif bahawa penduduk yang terlibat telah membuat laporan kejadian tersebut di Balai Polis Bedong.

Menurut Leong , “pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Muda masih menjalankan bancian untuk memastikan nilai sebenar kerosakan.”

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Muda, Lt. Muda (PA) Azahar Ahmad, berkata, “pihaknya menerima satu panggilan kecemasan kejadian pokok tumbang kira-kira 5.46 petang di Kampung Lombong dan satu jentera digerakkan bersama 10 anggota diketuai oleh  Sarjan Mejar (PA) Muhd Fairus Rosdi ke lokasi.”

“Pemotongan pokok tumbang telah dilakukan oleh JPAM dengan bantuan  anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan MPSPK, ”ujarnya.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI