Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

Pengguna Anggap Jadual Baharu Feri Pulau Pinang Menyulitkan

Imej
Pengguna Anggap Jadual Baharu Feri Pulau Pinang Menyulitkan 19 Disember 2015  Oleh MOHD ZIHAN ZARI GEORGETOWN,19 Dis (Malaysiaaktif) — RAMAI pengguna tidak mengetahui tentang perubahan jadual feri yang akan dilaksanakan Januari depan. Apabila jadual baharu bermula, bilangan feri yang beroperasi setiap hari akan dikurangkan daripada empat buah seperti yang digunakan sekarang kepada tiga buah. Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan kelmarin oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB), perkhidmatan tersebut akan hanya beroperasi 18 jam setiap hari. Pengurus Besar Kanan, Divisyen Khidmat Korporat dan Sokongan PPSB, Rosihan Adi Baharuddin, feri pertama akan berlepas dari Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth, pada pukul 6.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 malam. Dari Pangkalan Raja Tun Uda, Georgetown pula feri pertama akan berlepas pada pukul 6.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.30 malam. Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan kelmarin oleh Penang Port Sdn Bhd (PPSB), perkhidmatan terseb

Loji Melimpah Ke Jalan Raya Di Kampung Baru Simpang Bujang

Imej
Loji Melimpah Ke Jalan Raya Di Kampung Baru Simpang Bujang 15 Disember 2015 Oleh MOHD ZIHAN ZARI  MERBOK,15 Dis (Malaysiaaktif) — LIMPAHAN air dari tangki milik Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) berhadapan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah di jalan utama menghala ke Tanjung Dawai memangsakan pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal yang terkesan oleh simbahan air apabila berselisih dengan kenderaan lain. Tinjauan wartawan Malaysiaaktif pada pukul 12.00 tengah hari semalam mendapati ia berpunca dari loji air atas bukit di Kampung Baru Simpang Bujang. Air yang melimpah itu  mengalir ke jalan raya dan menyebabkan takungan apabila parit kecil di tepi jalan dari arah Semeling dan Tanjung Dawai tidak mampu menampung kapasiti. Menurut, penduduk Kampung Simpang Bujang, Busri Saad, 54, limpahan air tangki milik SADA di atas bukit kampung tersebut sering kali berlaku menyebabkan air melimpah ke atas jalan raya. Seorang pengguna jalan raya, Mizon Abdullah,45, berharap

RTB Sg Muda Manfaat Penduduk Lembangan Sungai Muda

Imej
RTB Sg Muda Manfaat Penduduk Lembangan Sungai Muda 5 Januari 2016   Oleh MOHD ZIHAN ZARI  KOTA KUALA MUDA, 5 JAN (Malaysiaaktif) – PROJEK Tebatan Banjir Sungai Muda dapat mengurangkan masalah banjir yang sering berlaku di Lembangan Sungai Muda yang terletak di antara sempadan negeri Kedah dan Pulau Pinang meliputi kawasan tadahan seluas 4,210 km persegi. Ini dinyatakan semalam oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samsuri dalam sidang media  selepas meninjau perkembangan projek pembersihan sungai di Baling dan rancangan tebatan banjir Sungai Muda Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Pusat Kawalan Sungai Muda di sini. Menurut Hamim dengan adanya projek ini diharap masalah banjir tidak lagi  membebankan penduduk, terutamanya di bandar Sik, Baling, Kuala Ketil dan kawasan dari Sidam ke muara Sungai Muda.  Katanya, sejak projek ini dibina dan siap secara berperingkat pada 2003, sehingga kini tidak lagi berlaku banjir besar di kawasan lembangan Sungai Muda. Pihak

282 Warga Emas Kuala Muda Terima Lesen Kelas B2

Imej
282 Warga Emas Kuala Muda Terima Lesen Kelas B2 21 Disember 2015 Oleh MOHD ZIHAN ZARI  MERBOK, 21 Dis (Malaysiaaktif) —SERAMAI 282 warga emas terdiri daripada seorang peserta keturunan Siam, sembilan India, tiga Cina dan 269 Melayu menerima lesen Kelas B2 dalam di bawah Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) Daerah Kuala Muda, di sini, semalam. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain, sehingga kini program tersebut telah memberi manfaat kepada seramai 6,209 orang di Kedah sejak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) pada 2007. “Matlamat utama program SKSJ ialah untuk membantu warga emas pelbagai bangsa yang berusia 45 tahun ke atas di kawasan luar bandar dan Orang Asli berumur 21 tahun ke atas yang tidak memiliki lesen memandu mendapat lesen sah serta dilindungi insurans apabila berlaku sesuatu kemalangan. Di bawah program ini, peserta dikenakan bayaran minima RM170 berbanding har

Kompleks Kampung Tradisi Melayu Kini Keriang Hill Resort

Imej
Kompleks Kampung Tradisi Melayu Kini Keriang Hill Resort 18 Januari 2016 Oleh MOHD ZIHAN ZARI  ALOR SETAR,18 Jan (Malaysiaaktif) — KOMPLEKS   perkampungan Melayu tradisional di kaki Gunung Keriang yang ditutup sejak tahun lalu akan berubah wajah setelah kerja pengubahsuaiannya siap. Ia akan beroperasi dengan nama baharu ‘Keriang Hill Resort’ bermula April ini, sempena Tahun Melawat Kedah. Menurut Pengurus Operasi, Mohd Tarmizi Mohd Jidi, syarikatnya telah diberi tanggungjawab oleh kerajaan negeri untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian berjumlah RM1 juta. Resort yang terletak berhadapan Muzium Padi dan Pusat Sains Negara Wilayah Utara ini mempunyai potensi besar untuk menjadi tarikan pelancongan. Sehubungan itu, pihak pengurusan akan mempromosikan aktiviti kebudayaan tradisional dan masakan tempatan dalam suasana dalaman ala istana Melayu. Kompleks yang menempatkan chalet, dewan, restoran dan beberapa kemudahan lain ini berpaksi tarikan utama, iaitu sawah padi autentik seluas lima

Kastam Kedah Pungut Hasil RM1.66 Bilion Sepanjang 2015

Imej
Kastam Kedah Pungut Hasil RM1.66 Bilion Sepanjang 2015 28 Januari 2016 Oleh MOHD ZIHAN ZARI  ALOR SETAR, 28 JAN (Malaysiaaktif) – SEPANJANG 2015, Kastam Kedah berjaya memungut hasil untuk negara dalam bentuk cukai/duti sebanyak RM 1.66 billion, meningkat sebanyak 11.63% berbanding  2014. Sebanyak 351 kertas siasatan telah dibuka dengan nilai barang yang disita sebanyak RM 29.9 juta, didapati kes kenderaan yang belum lulus kastam telah menghasilkan sebanyak 161 kes dengan nilai rampasan RM 3.9 juta diikuti dengan kes penyeludupan beras sebanyak 16 kes melibatkan 510,740 Kg dengan nilai RM777,321,00. Pengarah Kastam Kedah, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir, berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Sedunia 2016 ke-34 Peringkat Negeri Kedah di Kompleks Kastam Negeri Kedah, di sini, hari ini. Abdul Latif, berkata,” sebanyak 65 kes minuman keras diperoleh dengan nilai sitaan sebanyak RM 361,341.89 melibatkan jumlah duti/cukai RM 673,508.53 manakala dalam kes rokok p

Polis Kuala Muda patahkan kumpulan aktif curi kereta dalam OPS Lejang

Imej
Polis Kuala Muda patahkan kumpulan aktif curi kereta dalam OPS Lejang 18/01/2016 Oleh ZIHAN ZARI SUNGAI PETANI - PASUKAN polis berjaya mengesan kumpulan yang aktif mencuri kereta dan menemui tujuh buah kereta yang dilaporkan hilang di sekitar daerah Kuala Muda. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media, di IPD  Kuala Muda, di sini, kelmarin.  Md Zukir berkata, atas maklumat orang awam, anggota polis yang membuat rondaan cegah jenayah mengesan sebuah kereta model Proton Wira warna kelabu  yang dilaporkan hilang di Bakar Arang telah ditinggalkan di tepi jalan di Taman Rhu, Tikam Batu. Susulan penemuan itu, polis telah menjalankan risikan dan berjaya mengesan kumpulan terbabit yang membawa kepada serbuan di tiga premis yang berasingan di Tikam Batu, Sungai Petani dan Pokok Sena.” Menurutnya, “susulan itu pada 10 Januari jam 5.00 petang menerusi 'Ops Lejang' sepasukan anggota polis  telah menyerbu di sebuah bengkel keret

362 pelajar lelaki sekolah menengah di Kedah positif dadah

Imej
362 pelajar lelaki sekolah menengah di Kedah positif dadah  Oleh  ZIHAN ZARI  09/12/2015 ALOR SETAR- PENINGKATAN statistik penagihan di Kedah amat membimbangkan telah merekodkan bilangan penagih antara yang tertinggi, sehingga hari ini Orang Kena Pengawasan (OKP) seramai 5,308 orang.  Sebanyak 5,282 penagih lelaki dan 126 perempuan. Pecahan mengikut bangsa pula seramai  4,862 (Melayu), 165 (Cina),  249 (India) dan lain-lain 32 orang. Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohammad Nazer Mustafa, berkata demikian kepada pemberita pada majlis Malam Bersama Media, Rakan Strategik dan Warga AADK Kedah, di sini, malam tadi. Menurut Mohamad Nazer, “seramai 362 pelajar sekolah menengah  telah terlibat dengan penagihan dan positif dadah. Ini menunjukkan rekod bilangan pelajar sekolah antara yang tertinggi di kesan di negeri ini. Sebanyak 70% penagih menggunakan  syabu dan ais  dadah sintetik jenis methamphetamine yang sangat berbahaya. Ia mudah didapati  dan popular di kalangan pen

Kastam Kedah Lancar OPS Jejak Zon Utara

Imej
Kastam Kedah Lancar OPS Jejak Zon Utara 19/01/2016 Oleh ZIHAN ZARI SUNGAI PETANI - KASTAM Kedah melancarkan OPS Jejak GST Zon Utara 2016 bagi mensasarkan sebanyak 446 buah syarikat di negeri Kedah dan Perlis yang belum mendaftar di bawah sistem percukaian Barang dan Perkhidmatan (GST)  “Kastam akan membuat lawatan dan pemeriksaan ke atas premis yang dikesan gagal mendaftar GST, ”kata Pengarah Kastam Kedah, Dato' Abdul Latif Abdul Kadir kepada pemberita selepas pelancarannya, di Hotel Park Avenue, di sini, semalam. Abdul Latif, berkata, “operasi ini akan mengesan mana-mana syarikat yang wajib  mendaftar di bawah Akta GST 2014, selepas mencapai nilai mencecah RM500,000 namun masih ada yang gagal berbuat demikian.  Walau bagaimanapun perniagaan yang dibawah paras tersebut, tidak dikehendaki berdaftar, boleh juga memohon untuk berdaftar secara sukarela.” Katanya, “mereka yang layak dan dikesan gagal berdaftar GST serta yang masih ingkar  akan berdepan kompaun serta-merta RM15,000, meng

Warga SMK Ibrahim rai persaraan Nasrudin naik helikopter

Imej
Warga SMK Ibrahim rai persaraan Nasrudin naik helikopter  Oleh ZIHAN ZARI 02/02/2016 SUNGAI PETANI - SELAMA 36 tahun menyumbang bakti dalam dunia pendidikan Nasrudin Ab Rahman,60, hari ini diraikan oleh guru-guru dan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim menaiki helikopter sebagai simbolik meraikan persaraannya sebagai pengetua.  Nasrudin ditemani isterinya, Noren Yusoff diraikan oleh 1,200 pelajar, 106 guru dan 20 orang kakitangan sokongan SMK Ibrahim bersalaman dengan beliau.  Dia kemudiannya diiringi  guru dan pelajar sekolah bersama-sama isteri dan anaknya Muhd Azri,19 dan Nur Anis,17,  ke kawasan padang untuk menaiki helikopter yang didatangkan khas oleh, Weststar Aviation, syarikat milik  bekas pelajar SMK Ibrahim, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim.  Syed Azman yang sudi menaja penerbangan tersebut sebagai menghargai perkhidmatan Nasrudin sebagai pendidik yang berdedikasi tinggi. Nasrudin merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik, dilahirkan pada 1 Febr

Aifa Permata baru juara kejohanan skuasy junior Terbuka Remaja British 2016

Imej
Aifa Permata baru  juara kejohanan skuasy junior Terbuka Remaja British 2016 12/01/2016 Oleh ZIHAN ZARI  ALOR SETAR - PUTERI Skuasy Kedah, Aifa Azman, 15, mengharumkan Malaysia apabila merangkul kejuaraan Kejohanan Skuasy Junior Terbuka Remaja British 2016 bawah 15 tahun.  Aifa menumpaskan Marina  Stefanoni dari Amerika Syarikat 11-9, 8-11, 11-6, 11-4  pada perlawanan akhir di Sheffield, England, Rabu lepas. Ini merupakan kejayaan keduanya selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Terbuka British tahun lalu. Ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Aifa melahirkan rasa syukur, selepas muncul juara kejohanan antarabangsa itu tercapai. "Saya akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk muncul juara pada Kejohanan Skuasy Junior Terbuka Pulau Pinang pada Jun ini dan Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak yang akan berlangsung Julai ini. Saya mula menceburkan diri dalam sukan skuasy ketika berusia enam tahun, sentiasa menguruskan masa, pagi ke sekolah dan petang membu

Memupuk Patriotisme Melalui Deklamasi Puisi

Imej
Memupuk Patriotisme Melalui Deklamasi Puisi   29 Oktober 2015 Oleh ZIHAN ZARI  GEORGETOWN, 29 Okt (Malaysiaaktif) — PUISI berperanan menyebarluaskan mesej-mesej penting ke arah menjana sifat sayangkan nusa bangsa.  Menurut Pemangku Pegawai Penerangan Daerah Timur Laut, Ahmad Faiz Mansur program mendeklamasi puisi mampu mewujudkan semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan pelajar. Beliau berkata demikian di Majlis Pertandingan Deklamasi Sajak Cintakan Negara Kelab 1Malaysia Peringkat Daerah Timur Laut disini, hari ini. Dalam pada itu, juara Pertandingan Deklamasi Sajak Cintakan Negara Kelab 1Malaysia Daerah Timur Laut dimenangi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan AL Mashoor, Qistina Balqis Azlin, 15, menerusi sajak bertajuk ‘Suara Anak Merdeka’ karya Zaidin Abadi. Guru Sekolah Menengah Kebangsaan AL Mashoor, Marsyitah Salihah Mohd Ali berkata, “tiada apa rahsia, cuma untuk deklamasi ini, pelajar perlu menjiwai setiap bait-bait sajak dengan penuh emosi. “Selain itu, keya