RTB Sg Muda Manfaat Penduduk Lembangan Sungai Muda
RTB Sg Muda Manfaat Penduduk Lembangan Sungai Muda
5 Januari 2016
Oleh MOHD ZIHAN ZARI
KOTA KUALA MUDA, 5 JAN (Malaysiaaktif) – PROJEK Tebatan Banjir Sungai Muda dapat mengurangkan masalah banjir yang sering berlaku di Lembangan Sungai Muda yang terletak di antara sempadan negeri Kedah dan Pulau Pinang meliputi kawasan tadahan seluas 4,210 km persegi.
Ini dinyatakan semalam oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Hamim Samsuri dalam sidang media selepas meninjau perkembangan projek pembersihan sungai di Baling dan rancangan tebatan banjir Sungai Muda Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Pusat Kawalan Sungai Muda di sini.
Menurut Hamim dengan adanya projek ini diharap masalah banjir tidak lagi membebankan penduduk, terutamanya di bandar Sik, Baling, Kuala Ketil dan kawasan dari Sidam ke muara Sungai Muda.
Katanya, sejak projek ini dibina dan siap secara berperingkat pada 2003, sehingga kini tidak lagi berlaku banjir besar di kawasan lembangan Sungai Muda.
Menurutnya, selain menyelamatkan nyawa dan harta benda, projek ini dijangka dapat meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk kerana kawasan koridor sungai yang diperindahkan sangat sesuai untuk aktiviti rekreasi dan ekopelancongan di samping membantu meningkatkan nilai tanah di tepi Sungai Muda kerana kawasan tersebut bukan lagi berisiko banjir.
https://malaysiaaktif.my/2016/01/rtb-sg-muda-manfaat-penduduk-lembangan-sungai-muda/
Ulasan