362 pelajar lelaki sekolah menengah di Kedah positif dadah
362 pelajar lelaki sekolah menengah di Kedah positif dadah
Oleh ZIHAN ZARI
09/12/2015
ALOR SETAR- PENINGKATAN statistik penagihan di Kedah amat membimbangkan telah merekodkan bilangan penagih antara yang tertinggi, sehingga hari ini Orang Kena Pengawasan (OKP) seramai 5,308 orang.
Sebanyak 5,282 penagih lelaki dan 126 perempuan. Pecahan mengikut bangsa pula seramai 4,862 (Melayu), 165 (Cina), 249 (India) dan lain-lain 32 orang.
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, Mohammad Nazer Mustafa, berkata demikian kepada pemberita pada majlis Malam Bersama Media, Rakan Strategik dan Warga AADK Kedah, di sini, malam tadi.
Menurut Mohamad Nazer, “seramai 362 pelajar sekolah menengah telah terlibat dengan penagihan dan positif dadah. Ini menunjukkan rekod bilangan pelajar sekolah antara yang tertinggi di kesan di negeri ini.
Sebanyak 70% penagih menggunakan syabu dan ais dadah sintetik jenis methamphetamine yang sangat berbahaya. Ia mudah didapati dan popular di kalangan penagih. Ini disebabkan kesan dadah ini mempunyai kesan yang lebih kuat berbanding dadah tradisional lain seperti ganja, heroin dan sebagainya.”
Katanya, “sokongan dan penglibatan semua pihak secara kolektif dan bersepadu dari agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) amat penting dalam menangani dan membanteras masalah dadah yang merupakan musuh utama negara yang sukar diatasi dalam tempoh yang singkat.”
“Peranan media amat diperlukan menghebahkan kesan buruk penyalahgunaan dadah pada diri keluarga serta penyalur maklumat kepada masyarakat sebagai usaha untuk memerangi ancaman dadah yang telah dikategorikan sebagai musuh nombor satu negara, ”ujarnya.
Bagi menghargai pengamal media dari RTM, TV9, Berita Harian, Harian Metro, NST Bernama, The Star, Sinar Harian, Utusan Malaysia serta media online seperti Malaysia Aktif telah diraikan yang selama ini telah memberikan kerjasama dalam membuat liputan program-program anjuran AADK.
Pada majlis yang sama Mohamad Nazer telah menyampaikan penghargaan warga AADK yang bersara.
Ulasan