Loji Melimpah Ke Jalan Raya Di Kampung Baru Simpang Bujang
Loji Melimpah Ke Jalan Raya Di Kampung Baru Simpang Bujang
15 Disember 2015
Oleh MOHD ZIHAN ZARI
MERBOK,15 Dis (Malaysiaaktif) — LIMPAHAN air dari tangki milik Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) berhadapan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah di jalan utama menghala ke Tanjung Dawai memangsakan pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal yang terkesan oleh simbahan air apabila berselisih dengan kenderaan lain.
Tinjauan wartawan Malaysiaaktif pada pukul 12.00 tengah hari semalam mendapati ia berpunca dari loji air atas bukit di Kampung Baru Simpang Bujang. Air yang melimpah itu mengalir ke jalan raya dan menyebabkan takungan apabila parit kecil di tepi jalan dari arah Semeling dan Tanjung Dawai tidak mampu menampung kapasiti.
Menurut, penduduk Kampung Simpang Bujang, Busri Saad, 54, limpahan air tangki milik SADA di atas bukit kampung tersebut sering kali berlaku menyebabkan air melimpah ke atas jalan raya.
Seorang pengguna jalan raya, Mizon Abdullah,45, berharap pihak SADA dapat mengatasi masalah limpahan air tersebut kerana ia berbahaya kepada kenderaan, terutama pada waktu malam.
Wartawan Malaysiaaktif dimaklumkan oleh satu sumber yang enggan dinamakan di pejabat SADA Kuala Muda bahawa pihaknya akan mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan masalah tersebut.
https://malaysiaaktif.my/2015/12/air-loji-melimpah-ke-jalan-raya-di-kampung-baru-simpang-bujang/
Ulasan