Kastam Kedah Lancar OPS Jejak Zon Utara

Kastam Kedah Lancar OPS Jejak Zon Utara

19/01/2016

Oleh ZIHAN ZARI


SUNGAI PETANI - KASTAM Kedah melancarkan OPS Jejak GST Zon Utara 2016 bagi mensasarkan sebanyak 446 buah syarikat di negeri Kedah dan Perlis yang belum mendaftar di bawah sistem percukaian Barang dan Perkhidmatan (GST) 

“Kastam akan membuat lawatan dan pemeriksaan ke atas premis yang dikesan gagal mendaftar GST, ”kata Pengarah Kastam Kedah, Dato' Abdul Latif Abdul Kadir kepada pemberita selepas pelancarannya, di Hotel Park Avenue, di sini, semalam.

Abdul Latif, berkata, “operasi ini akan mengesan mana-mana syarikat yang wajib  mendaftar di bawah Akta GST 2014, selepas mencapai nilai mencecah RM500,000 namun masih ada yang gagal berbuat demikian. 

Walau bagaimanapun perniagaan yang dibawah paras tersebut, tidak dikehendaki berdaftar, boleh juga memohon untuk berdaftar secara sukarela.”

Katanya, “mereka yang layak dan dikesan gagal berdaftar GST serta yang masih ingkar  akan berdepan kompaun serta-merta RM15,000, mengikut Seksyen 20 Akta Cukai dan Perkhidmatan (Akta CBP) 2014.

Melalui operasi ini Kastam akan mengesan mereka yang telah berdaftar GST tetapi gagal mematuhi Seksyen 33 Akta Cukai Barang  dan Seksyen 9 Akta GST 2014, tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang.”

“Hasil GST dapat menampung hasil kerajaan daripada pengurangan hasil cukai petroleum dan penyelamat kepada keadaan kewangan dan ekonomi negara.

Kastam mensasarkan 1,000 pendaftar baru bagi tempoh 2016.Di Kedah sebanyak 13,724 pendaftar sudahpun ada di dalam sistem GST sejak dikuatkuasakan sejak April lalu,”ujarnya. 

Operasi ini bermula  18 hingga 22 Januari 2016 melibatkan sebanyak 36 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia,  Kedah dan Perlis.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Kastam Kedah, Mohd Noor Yusoff.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI