Catatan

Pusat media bergerak iM@JaPen bantu pengamal media

Imej
Pusat media bergerak iM@JaPen bantu pengamal media https://bebasnews.my/2023/08/26/pusat-media-bergerak-imjapen-bantu-pengamal-media/ By Editor  - 26/08/2023 Foto: BMKK JaPen Oleh Zihan Zari PUTRAJAYA — PENGURUSAN media oleh Jabatan Penerangan (JaPen) memainkan peranan penting sekiranya berlaku krisis bencana supaya pelaporan maklumat kurang tepat dan sensasi musibah dapat dibendung. Sememangnya, maklumat penting dari sumber-sumber rasmi di tempat kejadian bagi mengelakkan kekeliruan untuk disalurkan terus kepada khalayak dengan lebih efektif di samping menepati deadline siaran. Justeru, JaPen melalui Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK) mengorak selangkah ke hadapan dengan menyediakan Pusat Media Bergerak ‘iM@JaPen‘ yang inovatif dan futuristik sebagai alternatif khusus untuk pengamal media membuat liputan lebih meluas ketika tugasan di lapangan. Timbalan Ketua Pengarah JaPen, Hj Suwadi Guliling berkata, “ kenderaan khas inidiubah suai mempunyai keunikan tersendiri sebagai me

Pengarah JaPen guna loghat Jawa salur maklumat kepada masyarakat

Pengarah JaPen guna loghat Jawa salur maklumat kepada masyarakat https://bebasnews.my/2023/08/10/pengarah-japen-guna-loghat-jawa-salur-maklumat-kepada-masyarakat/ https://youtu.be/1hL3lM8XF4E By Editor- 10/08/2023 Oleh Zihan Zari /Video :JaPen Selangor  SHAH ALAM — Pelbagai usaha dilakukan untuk menyalurkan maklumat secara terus kepada masyarakat umum termasuklah menggunakan loghat Jawa. Begitulah halnya yang dilakukan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Selangor, Normaizatulakmal Tujad bersama-sama pasukannya. Malah, Normaizatulakmal sendiri turut membuat hebahan aktiviti ‘Info On Wheels’ sempena program ‘Kita Madani Peringkat Negeri Selangor’ baru-baru ini, menjadi tular di media sosial. Menurut beliau, hebahan dalam loghat Jawa ini dapat memudahkan pemahaman penduduk dan mendekatkan kumpulan sasar terutamanya di kawasan luar bandar, di samping mendapat input lebih realistik. Sekadar membantu pasukan untuk sama-sama mempromosikan program JaPen dan merasai denyut nadi mereka yang bert

Jabatan Penjara terima 6 kereta pendahulu baharu bagi mantap tugas

Imej
Jabatan Penjara terima 6 kereta pendahulu baharu bagi mantap tugas https://bebasnews.my/2023/07/18/jabatan-penjara-terima-6-kereta-pendahulu-baharu-bagi-mantap-tugas/ Foto: Pride By Editor -18/07/2023 Oleh ZIHAN ZARI  KAJANG — SEBANYAK enam unit kereta pendahulu (Lead Car) Honda Civic 1.5LE diserahkan oleh Spanco Sdn Bhd kepada Jabatan Penjara bagi menggantikan 4 unit kereta Proton Preve 1.6 CVT Premium yang sudah uzur serta rosak dan perlu digantikan. “Pembekalan kenderaan pendahulu baharu yang dilengkapi dengan teknologi terkini ini akan dapat meningkatkan lagi kecekapan Jabatan Penjara dalam melaksanakan tugasan,” kata Ketua Pengarah Penjara, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Muhamad, ketika menyempurnakan penyerahan kereta pendahulu di Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM), baru-baru ini. Foto: Pride  Sementalah, Pengarah Bahagian Keselamatan & Inteligen, Komisioner Penjara, Ahmad Faudzi Awang, berkata, “buat julung kalinya, jabatan ini akan menggunakan kereta pendahulu ya

Suwadi dilantik Timbalan Ketua Pengarah JaPen baharu

Imej
Suwadi dilantik Timbalan Ketua Pengarah JaPen baharu Suwadi Guliling - Foto: JaPen https://bebasnews.my/2023/07/11/suwadi-dilantik-timbalan-ketua-pengarah-japen-baharu/ By  Admin 11/07/2023 Oleh ZIHAN ZARI PUTRAJAYA – PENGARAH Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu Jabatan Penerangan (JaPen) , Haji Suwadi Guliling, 59, dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik), berkuat kuasa 23 Jun lepas menggantikan Zainudin Ismail yang bersara wajib pada 30 Disember lalu. Suwadi merupakan anak kelahiran Tawau, memulakan kerjayanya awal di JaPen sebagai Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Sabah pada 1990 dan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, JaPen pada 1998. Suwadi, mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi strategik itu pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri dan jabatan dan kementerian pernah dilantik sebagai Pengarah JaPen Wilayah Persekutuan Labuan, Melaka,  Sabah, Terengganu dan

Borhan hasilkan buku ‘Biografi seorang Pengarah Penjara Merintis Ranjau Kehidupan’

Imej
Borhan hasilkan buku ‘Biografi seorang Pengarah Penjara Merintis Ranjau Kehidupan’  Foto Veteran Penjara  Oleh ZIHAN ZARI  KAJANG - BEKAS Pengarah Majlis Sukan Perak, Borhan Shamsuddin tampil dengan karya sulungnya berjudul ‘ Biografi seorang Pengarah Penjara Merintis Ranjau Kehidupan’  Borhan dilahirkan di Padang Rengas, Perak pada 14 Mac 1962 lulusan Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) 1984 dan Diploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1988.  Borhan berpengalaman luas dalam sukan olahraga pernah dilantik pengurus sukan dalam dan luar negara menjadikan bapanya sebagai tempat rujukan dan mendapatkan pandangan khususnya dalam mengurus dan mengelolakan bidang sukan. Foto Veteran Penjara  Pernah mewakili Perak di kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM), Sukan Malaysia (SUKMA) dan menyertai acara 200 meter di Kejohanan Triginal Inter Varsity Games, Hong Kong ketika di Universiti Malaya.  “Buku ini memaparkan liku-liku perjalanan kehidupan bapanya,

Pendidikan Pra-Sekolah Lahir Generasi Berilmu, Bertaqwa

Imej
Pendidikan Pra-Sekolah Lahir Generasi Berilmu, Bertaqwa 9 November 2015 Oleh ZIHAN ZARI  SUNGAI PETANI, 9 Okt (Malaysiaaktif) — PENDIDIKAN Pra-Sekolah berasaskan pendidikan Islam, seperti TASKA boleh membentuk akhlak, kemahiran berfikir dan kemantapan dari segi sahsiah di kalangan anak-anak. Peranan guru TASKA penting dalam mendidik untuk melahirkan generasi bertaqwa dan bertanggungjawab. Ketua Unit Pra-Sekolah TASKA Jabatan Hal-ehwal Agama Islam Kedah, Ustaz Abdul Mohsin Mohd Fadzil berkata demikian ketika merasmikan Majlis Hari Anugerah Cemerlang Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) 2015 Daerah Kuala Muda, di sini Khamis lepas. Menurut Abdul Mohsin, “tidak dapat dinafikan bahawa institusi pendidikan Pra-Sekolah, seperti TASKA boleh memainkan peranan melaksanakan tanggung jawab mengasuh, mendidik serta membimbing mereka menjadi generasi yang cemerlang ilmu dan akhlak.” “Pendidikan kanak-anak perlu diterapkan dari kecil dan memerlukan belaian kasih sayang serta perhatian ibu bapa. Jika ib

JPAM selesaikan masalah pokok tumbang di Bukit Selambau

Imej
JPAM selesaikan masalah pokok tumbang di Bukit Selambau 21 November 2015 Oleh MOHD ZIHAN ZARI  BUKIT SELAMBAU, 21 Nov  (Malaysiaaktif) – HUJAN lebat dan ribut yang melanda kawasan ini tengah malam kelmarin menyebabkan  banyak pokok tumbang sehingga menghempap dua  rumah di Kampong Sekawan, di sini. Tindakan pantas empat  anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)  Kuala Muda berjaya menyelamatkan  dua buah rumah  milik Mong Kun A/L Ai Pouw dan Epom A/P Pian. Pegawai Pertahanan Awam Kuala Muda , Leftenan Muda  (PA) Azahar  Ahmad  berkata,  sebaik menerima maklumat kira-kira pukul 11.25  pagi  daripada Pegawai Khas Ahli Parlimen Merbok, Haroon Mat, seramai empat anggota   diketuai oleh Sarjan (PA) Hasrul  Mohd Heary Halim  bersama satu jentera operasi bergerak  ke lokasi kejadian.  Anggota JPAM berjaya  membuat pemotongan dan pembersihan di sekitar rumah yang dihempap pokok. Menurut Mong Kun, “ini kali pertama rumah saya dihempap pokok durian, mujurlah  tiada kejadian buruk berlaku,