Pengarah JaPen guna loghat Jawa salur maklumat kepada masyarakat
Pengarah JaPen guna loghat Jawa salur maklumat kepada masyarakat
https://bebasnews.my/2023/08/10/pengarah-japen-guna-loghat-jawa-salur-maklumat-kepada-masyarakat/
By Editor- 10/08/2023
Oleh Zihan Zari /Video :JaPen Selangor
SHAH ALAM — Pelbagai usaha dilakukan untuk menyalurkan maklumat secara terus kepada masyarakat umum termasuklah menggunakan loghat Jawa.
Begitulah halnya yang dilakukan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Selangor, Normaizatulakmal Tujad bersama-sama pasukannya.
Malah, Normaizatulakmal sendiri turut membuat hebahan aktiviti ‘Info On Wheels’ sempena program ‘Kita Madani Peringkat Negeri Selangor’ baru-baru ini, menjadi tular di media sosial.
Menurut beliau, hebahan dalam loghat Jawa ini dapat memudahkan pemahaman penduduk dan mendekatkan kumpulan sasar terutamanya di kawasan luar bandar, di samping mendapat input lebih realistik.
Sekadar membantu pasukan untuk sama-sama mempromosikan program JaPen dan merasai denyut nadi mereka yang bertugas di lapangan,” kata beliau.
Bukan itu sahaja, sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, Normaizatulakmal mengambil inisiatif turun padang membuat hebahan mengajak orang ramai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
— BebasNews
Ulasan