Suwadi dilantik Timbalan Ketua Pengarah JaPen baharu

Suwadi dilantik Timbalan Ketua Pengarah JaPen baharu

Suwadi Guliling - Foto: JaPen

https://bebasnews.my/2023/07/11/suwadi-dilantik-timbalan-ketua-pengarah-japen-baharu/

By  Admin 11/07/2023

Oleh ZIHAN ZARI

PUTRAJAYA – PENGARAH Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu Jabatan Penerangan (JaPen) , Haji Suwadi Guliling, 59, dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik), berkuat kuasa 23 Jun lepas menggantikan Zainudin Ismail yang bersara wajib pada 30 Disember lalu.

Suwadi merupakan anak kelahiran Tawau, memulakan kerjayanya awal di JaPen sebagai Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Sabah pada 1990 dan dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, JaPen pada 1998.

Suwadi, mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi strategik itu pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat negeri dan jabatan dan kementerian pernah dilantik sebagai Pengarah JaPen Wilayah Persekutuan Labuan, Melaka,  Sabah, Terengganu dan Sarawak.

Suwadi menerima surat pelantikan TKP JaPEN dari KSU KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa - Foto :JaPen


Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) B.A. Hons dalam bidang Komunikasi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1988 pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada 2007 dan Ketua Seksyen Hal Ehwal Korporat, Kementerian Pendidikan Tinggi pada 2015.

Di atas kecemerlangannya, beliau dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, JaPen (2009 – 2013) dan dilantik Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Penyelarasan Media, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sehingga 31 Ogos 2014.

Insya-Allah dengan pengalaman yang ada, saya akan kekal komited melaksanakan dan memikul amanah serta tanggungjawab diberikan membantu memacu JaPen dengan lebih cemerlang, ”kata Suwadi ketika mengulas tentang pelantikan itu.

 – BebasNews

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI