Pusat media bergerak iM@JaPen bantu pengamal media

Pusat media bergerak iM@JaPen bantu pengamal media

https://bebasnews.my/2023/08/26/pusat-media-bergerak-imjapen-bantu-pengamal-media/

By Editor

 - 26/08/2023

Foto: BMKK JaPen

Oleh Zihan Zari

PUTRAJAYA — PENGURUSAN media oleh Jabatan Penerangan (JaPen) memainkan peranan penting sekiranya berlaku krisis bencana supaya pelaporan maklumat kurang tepat dan sensasi musibah dapat dibendung.

Sememangnya, maklumat penting dari sumber-sumber rasmi di tempat kejadian bagi mengelakkan kekeliruan untuk disalurkan terus kepada khalayak dengan lebih efektif di samping menepati deadline siaran.

Justeru, JaPen melalui Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK) mengorak selangkah ke hadapan dengan menyediakan Pusat Media Bergerak ‘iM@JaPen‘ yang inovatif dan futuristik sebagai alternatif khusus untuk pengamal media membuat liputan lebih meluas ketika tugasan di lapangan.

Timbalan Ketua Pengarah JaPen, Hj Suwadi Guliling berkata, “ kenderaan khas inidiubah suai mempunyai keunikan tersendiri sebagai medium komunikasi interaktif bergerak dilengkapi dengan kemudahan peralatan terkini.

Antaranya ruang kerja, talian internet berkelajuan tinggi lebih pantas, alat siaraya, genset bagi lokasi terpencil.

Selain itu, peralatan komunikasi yang lain seperti laptop, printer dan LED TV bagi sebarang keperluan paparan visual secara digital turut disediakan.”

“BMKK sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan dan kelancaran operasi pengurusan media, pemasaran maklumat, pemantauan isu dan persepsi dengan lebih efisyen.

Inisiatif ini dapat menjimatkan kos operasi berbanding menubuhkan pusat media statik dan memudahkan pengamal media membuat liputan terkini bencana di tapak lokasi sepertimana tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, pada 16 Disember lepas dan nahas pesawat jenis Beechcraft Premier 1 terhempas di Elmina, Shah Alam 17 Ogos lalu.

Di samping itu, dapat mengurangkan kekangan keperluan operasi dari aspek logistik, akses internet dan telekomunikasi , ”ujarnya.

Sementalah , Penyelaras Pusat Media Bergerak BMKK, Shamalaruban Suppaiah berkata, “iM@JaPen digunakan sejak 2021 itu turut digunakan sebagai Pusat Sehenti Maklumat (One Stop Centre) untuk hebahan, pameran dan pengedaran bahan penerbitan.”

— BebasNews


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI