Jabatan Penjara terima 6 kereta pendahulu baharu bagi mantap tugas

Jabatan Penjara terima 6 kereta pendahulu baharu bagi mantap tugas

https://bebasnews.my/2023/07/18/jabatan-penjara-terima-6-kereta-pendahulu-baharu-bagi-mantap-tugas/

Foto: Pride

By Editor -18/07/2023

Oleh ZIHAN ZARI 

KAJANG — SEBANYAK enam unit kereta pendahulu (Lead Car) Honda Civic 1.5LE diserahkan oleh Spanco Sdn Bhd kepada Jabatan Penjara bagi menggantikan 4 unit kereta Proton Preve 1.6 CVT Premium yang sudah uzur serta rosak dan perlu digantikan.

“Pembekalan kenderaan pendahulu baharu yang dilengkapi dengan teknologi terkini ini akan dapat meningkatkan lagi kecekapan Jabatan Penjara dalam melaksanakan tugasan,” kata Ketua Pengarah Penjara, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Muhamad, ketika menyempurnakan penyerahan kereta pendahulu di Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM), baru-baru ini.

Foto: Pride 

Sementalah, Pengarah Bahagian Keselamatan & Inteligen, Komisioner Penjara, Ahmad Faudzi Awang, berkata, “buat julung kalinya, jabatan ini akan menggunakan kereta pendahulu yang lebih effisien bagi memperkasakan lagi perkhidmatan operasinya di seluruh negara.”

Menurut Ahmad Faudzi,“ keenam-enam kenderaan tersebut akan menjadi kereta pendahulu bagi penugasan mengiring kenderaan membawa banduan ke mahkamah dan hospital terutama sekali banduan yang berisiko tinggi (high profile).

Foto: Pride 

Di samping itu, akan digunakan sebagai pengiring kenderaan yang membawa banduan dari satu penjara ke penjara yang lain di seluruh Malaysia dengan lebih lancar. ”

“Simbolik penyerahan replika kunci enam unit kereta pendahulu telah diserahkan kepada Bahagian Dasar Kepenjaraan IPPM , Penjara Kajang, Sungai Buloh, Seberang Perai dan Penjara Pusat Kota Kinabalu, ”ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Datuk Ibrisam Abdul Rahman, Presiden & Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adle Sarkum,

Ketua Bahagian Operasi Spanco, Haji Zulkifli Abd Aziz dan Ketua Pegawai Operasi Spanco, Mohamed Shaheeran Mohamed Jalalludin.

— BebasNews


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI