APRC 2015 Kukuh Integrasi Mahasiswa Komunikasi ASEAN
APRC 2015 Kukuh Integrasi Mahasiswa Komunikasi ASEAN 9 Disember 2015 Oleh MOHD ZIHAN ZARI ALOR SETAR, 9 Dis (Malaysiaaktif)- PERSIDANGAN Universiti ASEAN mengenai Perhubungan Awam dan Komunikasi (APRC 2015) menjadi platform kepada mahasiswa komunikasi Institut Pengajian Tinggi (IPT) di rantau ini berkongsi pendapat dan pengetahuan dalam bidang berkenaan. Bertemakan ‘Harmoni dan Kepelbagaian: Mewujudkan Strategi Baharu Untuk Perhubungan Awam dan Komunikasi’, APRC 2015 yang dirasmikan pada 28 November lepas mengumpulkan seramai 120 orang peserta dari 19 universiti negara-negara ASEAN, termasuk Thailand, Indonesia, Kemboja, Filipina, Vietnam dan Malaysia. Malaysia, antara lain diwakili oleh Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UMP), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Persidangan tiga hari itu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Dr Haniff Hassan yang mewakili Pres