BR1M 2016: Pendaftaran Pada Saat Akhir Di LHDNM Sungai Petani
BR1M 2016: Pendaftaran Pada Saat Akhir Di LHDNM Sungai Petani
3 Januari 2016
SUNGAI PETANI, 3 JAN (Malaysiaaktif) — PADA saat-saat akhir 2015 Khamis lepas masih ada pemohon yang mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Apabila dihubungi, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Cawangan Sungai Petani, Mohd Hamzan Mamat berkata, “setiap hari dari Isnin hingga Khamis kira-kira 500 orang membuat permohonan BR1M 2016 setiap hari, manakala, setiap Ahad lebih ramai, hingga kira-kira 2,000 orang berkunjung ke pejabat LHDN di sini untuk membuat permohonan.
Dalam pada itu, pemandu teksi, Rusli Razak, 55, dari Kampung Bendang Dalam, Merbok, berkata talian Internet yang lembab di kawasannya, menyebabkan beliau datang sendiri ke pejabat LHDNM.
Sementara itu, Navinraja a/l Krishnan, 31,dari Taman Nuri, berkata kesibukan tugas menyebabkan beliau tidak berkesempatan untuk mendaftar BR1M 2016 untuk ibunya.
https://malaysiaaktif.my/2016/01/br1m-2016-pendaftaran-pada-saat-akhir-di-lhdnm-sungai-petani/
Ulasan