Anggota JPAM seluruh negara siapsiaga
Anggota JPAM seluruh negara siapsiaga
18
Januari 2016
Oleh
ZIHAN ZARI
Ketua Pengarah JPAM, Ketua Pesuruhjaya (PA), Ogu Salim Omar, berkata demikian pada Sidang Media selepas melakukan kunjungan ke JPAM Kedah di Kompleks JPAM Kota Setar, Bandar Muadzam Shah, di sini, semalam.
Menurut Ogu Salim, “Kedah kini mempunyai sebanyak 45,452 anggota sukarelawan yang berdaftar dan sebanyak 5,240 orang yang aktif.
Seramai
1,090 anggotanya akan dikerahkan bertugas pada tiga jam pertama operasi,
manakala 1,645 anggota lainnya akan digerakkan untuk bantuan susulan.
Menurutnya
lagi , "JPAM kini mempunyai anggota dan pegawai tetap sebanyak 1,300
orang dan mempunyai aset serta kelengkapan yang mencukupi untuk menghadapi sebarang
kecemasan dan Bencana.
Ini termasuklah
sebanyak 276 pelbagai jenis bot,106 buah lori dan 196 buah kenderaan pacuan
empat roda di seluruh negara.”
“JPAM juga mempunyai 2,542 buah Pasukan
Tindakbalas Kecemasan Peringkat Komuniti (CDERT) di seluruh negara dianggotai
oleh jawatankuasa komuniti setempat yang menjadi barisan hadapan dalam
memberikan bantuan kecemasan awal kepada masyarakat apabila berlaku sebarang
bencana,”ujarnya.
Terdahulu, Ogu Salim menyampaikan amanat dan nasihat kepada anggota JPAM Kedah meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan tugas kepada masyarakat dengan lebih baik dan cemerlang.
Hadir
sama, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Timbalan Pesuruhjaya (PA),
Roslan Wahab dan Pengarah JPAM Kedah, Lt. Kol. (PA), Pang Ah Lek.
Ulasan