‘Jom Masuk IPT’ buka ruang , peluang dan beri manafaat kepada pelajar

‘Jom Masuk IPT’  buka ruang , peluang dan beri manafaat kepada pelajar

31 Januari 2016

Oleh  ZIHAN ZARI


ALOR SETAR - KARNIVAL Pendidikan Negara, ‘Jom Masuk IPT’ sebagai medan kepada pelajar-pelajar khususnya mencari peluang-peluang yang ada untuk memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, politeknik, kolej, pusat-pusat kemahiran yang ada di seluruh negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan  Karnival Pendidikan Negara kali  ke 12  ‘Jom Masuk IPT’ dan Jelajah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Soaring Upwards, di sini, semalam.


Idris berkata, “para pelajar lebih faham pilihan-pilihan  yang ada pada mereka  dan cara membuat permohonan untuk kemasukan ke universiti.

Buat masa ini  sistem pelaksanaan dasar pemilihan kemasukan ke IPTA mengguna pakai 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.”

Kita juga mengambil kesempatan pada hari ini untuk membuat jelajah 'soaring upwards' memberitahu kepada rakyat dan pelajar-pelajar tentang peluang-peluang dan bagaimana membuat permohonan kemasukan yang ada di IPTA/IPTS, politeknik, kolej dan pusat-pusat kemahiran di seluruh negara."


Katanya, “apabila kita mengadakan jelajah ini, dilihat pelajar lebih faham dan mengetahui apakah peluang-peluang yang ada disamping memberitahu mereka tentang perkembangan terkini peningkatan yang sudah dilalui oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan kemajuan dicapai oleh IPTA dan IPTS.”

“Kerajaan memberi penekanan  kepada pelajar-pelajar untuk memilih bidang teknikal vokasional  kerana ruang pekerjaan sebenarnya lebih banyak dibidang tersebut, disamping peluang-peluang yang ada dalam bidang akademik semata-mata.

Diharap mereka boleh membuat pemilihan yang lebih sesuai dengan kehendak-kehendak mereka,” katanya lagi.


Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Ir. Dr Zaini Ujang dalam kenyataannya, berkata, "karnival  yang berlangsung mulai 30 Januari hingga 3 April ini di enam zon seluruh Malaysia, bermula di Kedah dan seterusnya akan berakhir di Selangor.”

Ianya melibatkan pelbagai agensi berkaitan pendidikan tinggi seperti 20 buah Universiti Awam, Jabatan Pendidikan Politeknik, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan lain-lain agensi di bawah KPT dan akan mempromosi serta menyebarluaskan maklumat mengenai program pengajian yang ditawarkan bagi kemasukan sesi akademik 2016/2017.

Karnival ini menjadi saluran hebahan utama bagi menyebarluaskan maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi dalam negara selain usaha mempromosi serta publisiti mengenai kemasukan ke IPT dengan sasaran 180,000 pengunjung,” tambahnya.

Permohonan kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti telah dibuka mulai 18 Januari lalu sehingga 5 April 2016 melalui Sistem UPU Online , http://upu.mohe.gov.my

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI