Program Back To School 2.0 UiTM Kedah

Program Back To School 2.0 UiTM Kedah

21 Disember 2015

OLEH MOHD ZIHAN ZARI 


SUNGAI PETANI , 20 DIS (Malaysiaaktif) — NASIB 25 orang anak yatim dan miskin Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Pertubuhan Kebajikan Nur Hidayah, Kampung Sadik, Kupang tidak pernah dipinggirkan malah kebajikan mereka merupakan agenda utama yang sentiasa diberi keutamaan dan diraikan dalam Program Back To School 2.0 oleh UiTM Cawangan Kedah di sini, semalam.


Rektornya, Dr Asmadi Mohammed Ghazali berkata, “kebajikan anak yatim dan pelajar miskin tidak pernah dipinggirkan dan berharap program sebegini akan menjadi tradisi UiTM Cawangan Kedah dalam membantu perkembangan pembangunan masyarakat sekitar kampus.”

“UiTM Cawangan Kedah juga tidak mahu golongan ini berasa diri mereka seperti diabaikan, sebaliknya kita sentiasa memberi perhatian kepada mereka untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada Malaysiaaktif.

Turut sama memeriahkan program in, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri, UiTM Cawangan Kedah, Dr Mahazir Ismail. 

Ketua Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Cawangan Kedah, Dr Mazlin Marzuki berkata,  “program ini merupakan pendekatan out reach dan cetusan ilham Fakulti Perakaunan untuk membantu masayarakat sekeliling yang memerlukan perhatian dan sokongan warga kampus. 

Sebanyak RM8,000 hasil kutipan dari warga kampus UiTM Cawangan Kedah disumbangkan kepada anak yatim dan miskin.”

Program ini diketuai oleh Pensyarah Perakaunan UiTM Cawangan Kedah, Dr Khairul Anuar Kamaruddin dan dibantu oleh pensyarah dan pelajar Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kedah.

https://malaysiaaktif.my/2015/12/program-back-to-school-2-0-uitm-kedah/


 

 

 

 

 

 

 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI