Nor Shahid, hasilkan buku kisah benar cerita seram, di Penjara Pudu
Nor Shahid, hasilkan buku kisah benar cerita seram, di Penjara Pudu
By Admin
Nor Shahid pengarang buku “Cerita Seram di Penjara Pudu ” Foto : Nor Shahid |
- 10/11/2020
Oleh ZIHAN ZARI
MANTAN Penguasa Penjara Pudu , Nor Shahid Mohd Nor telah menghasilkan sebuah buku bertajuk ”Cerita Seram di Penjara Pudu”, menyingkap kisah dan misteri yang menarik, sesuai sebagai bacaan untuk semua peringkat.
Nor Shahid berkata, “saya rasa semua golongan muda dan tua pastinya ingin tahu apa yang telah berlaku di sebalik tembok berjeriji di penjara Pudu.
Suatu ketika dahulu penjara ini bukan sahaja terkenal malah begitu tersohor dan berdiri gah di tengah bandaraya Kuala Lumpur asalnya adalah tapak perkuburan Cina seluas 10 hektar.
Semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945 tentera Jepun telah mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu daripada pihak British dan mengebumikan ramai tentera yang terkorban di kawasan sekitar penjara ini sebagai tapak perkuburan yang besar.”
“Buku ini mengisahkan kejadian sebenarnya apa telah yang berlaku dan dialami sendiri oleh wadar penjara ketika menjalankan tugas selain banduan dalam sel penjara ini.
Foto : Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM |
) Disamping mengimbau kenangan lampau penjara ini mempunyai petugas yang telah banyak menabur jasa dan bakti kepada negara.
Mereka memikul tugas dengan tabah dan cekal mengawal ribuan banduan di situ, dahulu penjara ini memang mengalami kesesakan yang melampaui jumlah kapasiti sebenar sekitar tahun 80an.
Walaupun penjara ini telah tiada namun kisah di sebalik temboknya masih lagi terpahat, menarik perhatian ramai,” kata beliau kepada pemberita BebasNews.
Menurutnya, “roh-roh yang tidak tenang di situ dikatakan berhantu sering mengacau wadar penjara terutamanya di Bilik Gantung serta banduan hampir setiap malam menjelma dalam pelbagai bentuk atau imej yang mengerikan.
Bukan sahaja di dalam dan persekitaran penjara, malah di luar tembok terutama di belakang penjara dan kuarters turut sama ada kelibat mahluk ini.”
“Kisah hantu wujud atau sebaliknya, adalah kepercayaan dan pengalaman masing-masing. Tidak semua orang boleh nampak hantu, percaya atau tidak terpulang kepada pendapat masing-masing.
Apa yang saya ceritakan ini adalah datangnya dari wadar penjara dan banduan-banduan yang pernah mengalami paranormal diganggu oleh makhluk halus di sini.
Penulis buku ini turut mengalami pengalaman serupa , situasi ini turut berlaku di hadapan mata sendiri di kuarters yang saya diami di penjara ini,”katanya yang pernah menjadi Penguasa Penjara Pudu tahun 1978 hingga 1981.
1001 kisah seram di Penjara Pudu /Foto : Nor Shahid |
Buku ini saya didedikasikan kepada ahli keluarga saya dan penghargaan kepada semua wadar dan pegawai penjara Pudu khususnya dan banduan-banduan amnya yang pernah berada di penjara ini,”ujarnya.
Beliau bukan calang-calang orangnya, merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia dan anak Melayu pertama mengambil alih pentadbiran sebagai Pegawai Penjaga Penjara Banda Hilir, Melaka pada 1 Ogos 1960 daripada pegawai British terakhir yang dikenali sebagai Mr Gordan.
Pada 2017 beliau juga telah menulis buku bertajuk ‘Pudu Prison : Strange Encounter’ yang diterbitkan oleh Partridge Publishing Singapore.
Buku setebal 208 muka surat ini diterbitkan oleh ZI Publications Sdn. Bhd. dijual dengan harga RM25 senaskhah sudahpun berada di pasaran.
Sesiapa yang berminat ingin membeli buku ini boleh didapati di Popular Book Stores berhampiran atau berhubung terus dengan Setiausaha Persatuan Bekas Pegawai Penjara Malaysia (EXPOAM), Ahmad Razali Kadri di talian 0193649827.
-BebasNews
Ulasan