Telaga Tiub atasi masalah air 7 buah rumah Kampung Bukit Patong

Telaga Tiub atasi masalah air  di 7 buah rumah Kampung Bukit Patong

14/08/2021

Oleh ZIHAN ZARI 


PENDANG - KELUHAN jiwa dan luahan perasaan 7 buah rumah Kampung Bukit Patong, Mukim Rambai  dibelenggu masalah gangguan bekalan air yang berlarutan sejak bertahun-tahun lalu telah diselesaikan apabila Exco Kerja Raya, Bekalan & Sumber Air, Tenaga dan Pengairan & Saliran, Datuk Suraya Yaacob turun padang meninjau ke kawasan itu hari ini. 

Suraya berkata,  “empat bulan lepas saya menulis memohon kepada  Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk memasang Telaga Tiub (Air Boring) untuk langkah penyelesaian jangka pendek di situ. 

Namun sehingga hari ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 ianya masih tidak dapat dilaksanakan. Memandangkan masalah ini begitu menyusahkan penduduk disini terutamanya yang melibatkan 7 buah rumah di sini .”

“Hari ini saya melawat bersama kontraktor bagi memasang sendiri telaga tiub dan tangki bagi memudahkan penduduk disini. Kawasan ini agak tinggi dan sekiranya tekanan ditingkatkan ianya akan menyebabkan kawasan lain akan terjejas.

Saya percaya dengan naik taraf loji takungan Bukit Perak di kawasan ini akan mendapat bekalan air  Syarikat Air Darul Aman (SADA) dengan lebih stabil.

Tetapi sementara menanti menaik taraf, ini merupakan penyelesaian jangka pendek dan segera yang dianggarkan sebanyak RM25,000 akan dapat membantu rakyat, ”katanya. 

Selain itu, air boring kaedah alternatif yang banyak digunakan di kawasan pedalaman. Ia adalah air yang dipamkan melalui proses penggerudian (boring) dari air bawah tanah ke permukaan melalui laluan paip. 

Sumber air bawah tanah di sesuatu kawasan itu akan diambil daripada lapisan batuan keras granit atau batuan keras lain di mana air disedut dari dalam tanah lebih 20-meter atau beratus meter dari permukaan bumi.

Air yang diekstrak dipercayai lebih berkualiti sekiranya dibandingkan dengan air dari permukaan sungai dan kolam. Air boring  telah menjadi bekalan air yang banyak digunakan di kawasan pedalaman sebagai sumber bekalan harian.

Sementara itu, Yusof Awang, 58, berkata “dengan terlaksananya projek ini, ia secara tidak langsung dapat membantu penduduk  yang sering kali mengalami gangguan yang tinggal di kawasan ini.

Walaupun ia hanya penyelesaian jangka pendek, sekurang-kurangnya ia dapat meredakan keresahan penduduk yang sukar dapat air bersih ketika ini. ”


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI