Pesawah Menjala Dapat Ikan Puyu Ekor Cabang Dua

Pesawah Menjala Dapat Ikan Puyu Ekor Cabang Dua

06/01/2016

Oleh MOHD ZIHAN ZARI 

ALOR SETAR, 6 Jan  (Malaysiaaktif) — MENJALA ‘ikan darat’ seperti keli, puyu, haruan, sepat dan sebagainya amat popular di kalangan penduduk kampung dan pesawah kerana ia  boleh menambah sumber pendapatan harian.

Begitulah dengan pesawah, Azizan Mansur, 45, dari Kampung Gelung Air, Gunung Keriang, yang menjala ikan darat bagi mendapatkan pendapatan.

“Sehari dapatlah dalam RM30, bolehlah tampung belanja hidup, belanja anak-anak sekolah, ” katanya.


Azizan menunjukkan ikan puyu ekor bercabang dua, ketika wartawan Malaysiaaktif berkunjung ke rumahnya. Katanya, ketika sedang asyik menjala di parit tali air kampungnya tidak lama dahulu, dia teruja apabila ikan puyu tersebut tersangkut pada jalannya.

Bagaimanapun, Azizan tidak berhasrat untuk menjualnya ikan ganjil itu dan sebaliknya mahu  membelanya.


Sementara itu, di rumahnya juga terdapat beberapa ekor ikan keli yang beratnya melebihi 10 kilogram. 

Menurutnya, dia bersedia menjualnya ikan keli tersebut kepada sesiapa yang berminat dengan harga yang berpatutan  dan  memberi secara percuma benih induknya.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jabatan Penjara terima 6 kereta pendahulu baharu bagi mantap tugas

Pengguna merungut kurang parkir motosikal di UTC Shah Alam @Anggerik Mall

Hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah