Boleh Raih RM25,000 tanam nanas Moris secara sampingan

https://bebasnews.my/?p=58714

Boleh raih RM25,000 tanam nanas Moris secara sampingan

By Admin -13/04/2021

Oleh Zihan Zari

PENDANG – BERBEKALKAN azam yang kuat untuk menjadikan bidang pertanian sebagai sumber pendapatan, seorang pengawal keselamatan mengorak langkah menanam nanas varieti Moris sebanyak 20,000 pokok seluas 2 ekar di atas tanah miliknya.

Yusof Awang, 58, kini mampu senyum lebar apabila hasil titik peluhnya dan usahanya sendiri mulai membuahkan hasilnya, walaupun sekadar dilakukan pada masa lapang bak kata pepatah, berbudi pada tanah, takkan rugi pasti akan menikmati hasilnya.

“Saya mula menanam nanas varieti ini berskala kecil pada Mac tahun lepas dan selepas setahun akan matang dan tuaian pertamanya pada bulan Jun ini dianggarkan sebanyak 19,500 biji mampu menjana pendapatan sebanyak RM25,350.

“Kemudiannya, saya akan menjualnya terus dari kebun pada harga RM1.20 sehingga RM2.80 per biji mengikut gred, di samping itu setiap pokok mengeluarkan sulurnya yang boleh dijual dengan harga 25 hingga 30 sen satu sulur, jelas beliau.

Yusof mendapat bimbingan sepenuhnya dari Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Kedah/ Perlis (LPNM) dan berjaya mendepani cabaran seperti serangan haiwan perosak.

“Saya mendapat bantuan berupa sulur nanas dan sokongan serta bantuan sepenuhnya daripada pihak LPNM melalui Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) di bawah projek Integrasi 2020 seperti pam semburan, baja dan racun rumpai,” kata beliau memberitahu BebasNews.

Anak kelahiran Kampung Bukit Patong ini yang masih bertugas sebagai Pengawal Keselamatan di Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Abdul Halim, Alor Setar bertekad untuk meneruskannya selepas bersara nanti pada 2023.

Sementara itu, Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi LPNM Kedah/ Perlis, Aliff Azwan Anuar berkata, “peruntukan yang diberikan kepada setiap pekebun mengikut kepada kelulusan semasa dari pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).”

Menurut Aliff Azwan,“ varieti ini semakin popular ditanam, mempunyai keistimewaan dan kehebatan yang tersendiri, cepat hasilnya, lasak, mudah dijaga dan harganya pula murah berbanding dengan varieti kebangsaan lain seperti MD2, N36, Madu Kaca, Gandul, Sarawak, Maspine, Josapine dan Yankee.

Isinya yang berongga dengan tekstur (crunchy) rapuh dan berwarna kekuningan sesuai untuk dimakan mentah mengandungi bromelin yang boleh mencegah kanser malah kaya dengan kandungan mineral dan vitamin C yang cukup tinggi serta bebas kolesterol. ”

Ujarnya lagi, industri nanas dijangka terus meningkat oleh itu permohonan program tanaman nanas 2021 masih lagi dibuka, mereka yang berminat boleh menghubungi terus pejabat Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Kedah/Perlis, No. 15, Kompleks Perniagaan Gunung Inas, 06600 Alor Setar, Kedah di talian 04-7710901 atau layari 

https://www.facebook.com/1042700022455442/posts/3993089357416479/?d=n

-BebasNews


Ulasan

petrokoxi berkata…
Allah SWT menciptakan makhluk-Nya di atas muka bumi ini dan mengurniakan setiap makhluk rezeki daripada pelbagai bentuk. Allah SWT tidak sekali-kali membiarkan makhluk-Nya hidup tanpa kurniaan rezeki.

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI