'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI

'Siapa Tutup Lampu'  juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI 



Oleh: Zihan Zari 

PETALING JAYA - PERSATUAN Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) berjaya membuktikan kehebatan apabila  Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 dengan meraih gelaran Juara serta mengungguli tiga anugerah lain pada pertandingan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). 

Kemenangan itu diraih menerusi teater ‘Siapa Tutup Lampu’ arahan Khairol Azhar Abdul Jalil yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta menerima piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.

Dalam pada itu, ‘Siapa Tutup Lampu’ turut meraih kemenangan berganda menerusi tiga lagi kategori Anugerah Insentif Pengarahan iaitu Azhar Jalil, Anugerah Naskhah Pilihan Juri iaitu Azhar Jalil, Anugerah Teknik/Sinografi Terbaik dan Anugerah Pelakon Harapan iaitu Anwar Zulkifli. 

Penyampaian anugerah kepada pemenang disempurnakan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato' Mohd Sayuthi Bakar. Hadir sama, Timbalan Datuk Bandar, Tuan Johary Anuar dan Ahli Majlis MBPJ, Ahmad Akhir Pawan Chik. 


Gelanggang Teater II, kali ini disertai oleh lapan kumpulan dan diadili juri berpengalaman iaitu, Pelakon dan Penggiat Teater, Namron, Ketua Pusat Pengajian Teater Fakulti Filem Animas UiTM, Dr. Norzizi Zulkifli dan Dekan Fakulti Teater ASWARA, Azizul Zahid Jamal.

Sementara itu, menurut, Ahli Jawatankuasa Gelanggang Teater merangkap Setiausaha KEMUDI, Nurul Syahida Hassan, berkata, "penganjuran gelanggang ini, MBPJ bersama Majlis Teater Selangor (MTS) sebagai 'Rakan Strategik' bertujuan mengimarahkan seni teater ke arah impak positif sebagai hala tuju Petaling Jaya sebagai 'Kota Seni' di Selangor", katanya, kepada penulis. 

Senarai pemenang keseluruhan Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019:

Juara (RM5,000) ‘Siapa Tutup Lampu’ , Persatuan Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI)

Tempat Kedua  (RM3,000) ‘Jembalang Tanah’, Persatuan Titian Taeter Ilham Seni 

Anugerah Kumpulan Harapan (RM2,000) ‘‘Rencong Acheh’, Persatuan Bangsawan Bintang Timur

Anugerah Insentif Pengarahan, Khairol Azhar Abdul Jalil (RM1,000) , ‘Siapa Tutup Lampu’, (KEMUDI)

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Naskah Firasat (RM300) Pertubuhan Seni Laskar Lantera Anugerah

Pelakon Wanita Terbaik, Siti Salwani (RM300) ‘Jembalang Tanah’

Anugerah Teknik/Scenografi Terbaik (RM1,000) , ‘Siapa Tutup Lampu’ (KEMUDI)

Anugerah Khas Juri - Karya Pilihan, Khairol Azhar Abdul  Jalil  (RM1000) ‘Siapa Tutup Lampu’ (KEMUDI)

Anugerah Pelakon Harapan, Anwar Zulkifli (RM 200.00), ‘Siapa Tutup Lampu’ (KEMUDI)



Setiap pemenang dan penerima anugerah menerima piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Takungan empangan Kedah mampu bekal air