Sufian AM, otai kreatif hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan'

Sufian AM, otai kreatif  hasilkan buku ‘Panduan Menulis Slogan' 

17/01/2021


Oleh : ZIHAN ZARI 

BUKU Panduan Menulis Slogan karya Mohammad Sufian Abdul Manan boleh memberi jawapan serta dijadikan panduan, membantu penggemar peraduan yang sukar dan buntu menghasilkan slogan yang baik.

Slogan mahupun tagline merupakan pernyataan yang pendek dapat menarik perhatian agar mudah diingat oleh pembaca yang sering digunakan hari ini. 

Mohammad Sufian atau nama penanya Sufian AM, 35, berasal dari Sabak Bernam bekerja sebagai Penolong Pendaftar berkemahiran dan mempunyai pengalaman luas menulis slogan.

Menurut Mohammad Sufian, “melalui perkongsian buku ini kepada pembaca, teknik bagi menghasilkan slogan untuk peraduan amat menarik dan lain daripada yang lain di samping teknik dan petua sehingga beberapa kali saya menjadi pemenang hadiah utama.

“Dalam buku ini  dipaparkan perkara lain berkaitan slogan turut dikongsikan dan tidak ketinggalan contoh-contoh slogan turut disertakan, ”katanya. 

Menurutnya, “jarang pemenang peraduan slogan mahu berkongsi teknik dimiliki, tetapi penulis sudi berkongsi di samping menyampaikan dengan mudah, difahami dan tidak meleret.

Banyak elemen lain yang perlu dimasukkan untuk menjadikan slogan kita layak menang disamping teknik menghasilkan slogan yang kreativiti, kreatif dan unik namun olahan bahasa perlu bagi menarik perhatian juri.

Sebenarnya , ada di antara kita yang sering fokus kepada peraduan-peraduan yang lebih mudah berbanding peraduan yang melibatkan kreativiti.”

Menurutnya lagi, “berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimilikinya untuk semua peminat peraduan agar mereka yakin boleh menghasilkan slogan peraduan.”

Saya dedikasikan buku ini kepada semua penggemar peraduan atau pertandingan serta penghargaan ibu bapa, ahli keluarga, guru-guru dan kepada semua kaki peraduan yang menyokong tanpa jemu , ”ujarnya. 

Buku ini diterbitkan oleh Syahida Hassan Enterprise (SHE) berharga RM35.00  boleh dibeli terus melalui Penerbit SHE di website: www.syahidahassanenterprise.com

atau melalui shopee. 


 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Takungan empangan Kedah mampu bekal air

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI