Sentuhan kota Paris cetus novel 'Simetri Kasih Avon'
Sentuhan kota Paris cetus novel 'Simetri Kasih Avon'
Oleh: Zihan Zari
NOVEL masih menjadi bahan bacaan yang popular justeru Novelis Noraini Omar mengorak lagi langkah sederap ke depan menghasilkan novel keduanya bertajuk ‘Simetri Kasih Avon’.
Bukan sekadar novel biasa bahkan pembaca akan dapat menghayati kisah Qal dan Amal seolah-olah dibawa melancong ke sekitar England dan Eropah.
Noraini berkata “novel ini menampilkan kisah Qal, berada di kota cinta Paris, tetapi bukan dengan isterinya Amal, dia mengikuti industrial training bersama Elis.
Momen di Paris meninggalkan titik persimpangan dalam hidup Qal, Amal masih setia menunggu kebahgiaan rumahtangga mereka dan membawa diri ke Wales dan bertemu dengan sahabatnya untuk mencari kekuatan.
Selami pelangi hidup Amal dalam usahanya untuk mengukuhkan kasih sayang Qal terhadapnya. Amal cekal untuk siapkan tesis dan membawa pulang segulung ijazah.
Adakah hajat Amal akan kesampaian atau dia pulang keseorangan?, sambungan dan persoalan kisah ini seterusnya akan terjawab bila anda membaca novel ini.”
“Ilham untuk menghasilkan novel ini cetusan dari pengalamannya semasa belajar selama 6 tahun di United Kingdom namun begitu wataknya sudah diubahsuai untuk dijadikan kisahnya lebih berkesan, ”katanya.
Menurutnya , “simetri bermaksud pembalikan imej, falsafahnya apa yang kita beri itu adalah apa yang kita terima dan kasih berbalas kasih.
Avon adalah akronim kepada nama empat wanita yang saling memberi sokongan manakala kulit novel memberi gambaran kepada pembaca, istana pasir selalunya tidak kekal mudah musnah seperti castle di Spain yang berusia 100 tahun.
Walaupun dibuat dari pasir ianya masih kekal utuh, ibarat seperti rumahtangga yang kental walaupun menempuh banyak halangan dan rintangan.”
Menurutnya lagi, “novel ini bertemakan kasih bertepatan dengan penghargaan kepada kasih kita bermula dari kedua ibubapa yang sentiasa mendoakan kebahagiaan keluarga.
Kasih juga dari model rumahtangga adik beradik yang mencorakkan kebahagiaan kami sekeluarga. Kasih dan sabar dari suami yang selalu bersedia memberi sokongan.
Istimewanya novel ini mengetengahkan fenomena kehidupan realiti masyarakat dan mengupas pelbagai isu sebagai nilai tambah antaranya kahwin campur, mualaff, bermadu, anak angkat, balu dan eddah.”
"Hasil karya ini saya didedakasikan kepada pasangan yang berkahwin muda agar bijak melayari rumahtangga. Mesti ada saling mempercayai dan berlapang dada dengan segala halangan,”ujarnya.
Anak kelahiran Kota Bharu ini memakai nama pena Jenny-O merupakan pesara guru graduan kimia yang berkecimpung dengan dunia penulisan kreatif kini menetap di Saujana Utama.
Beliau bukanlah nama kecil dalam dunia penulisan apatah telah memanfaatkan kariernya sekaligus memperlihatkan dirinya sebagai wanita Malaysia yang produktif.
Mula berkarya sejak 2016 dan pernah menghasilkan novel pertamanya berjudul 'My Dear Avon' (swaterbit) dan menyertai antologi kisah hidup bimbingan Bonda Nor (2018) dan Sri Diah (2019) menghasilkan antologi puisi 5 dan cerpen 6.
Disamping sebagai seorang penulis beliau juga adalah penyelaras projek Travelog Masjid bersama Syahida Hassan Enterprise (SHE) iaitu Ratib Sujud dan Sujud Syukur.
Naskhah novel setebal 403 halaman ini mempunyai bonus 20 muka surat sisipan travelog dihasilkan pada November lepas terbitan SHE.
Mungkin senaskhah novel ini sesuai untuk anda hayatinya, jika berminat membelinya boleh melayari terus ke laman Fb Jenny Omar untuk tempahan buku.
Ulasan