Pengguna merungut kurang parkir motosikal di UTC Shah Alam @Anggerik Mall By Editor - 21/08/2019 Oleh ZIHAN ZARI KELUH kesah dan rungutan penunggang motosikal berpusing mencari petak letak parkir, walaupun terdapat tanda peringatan ‘Zon Tunda’ namun terpaksa meletakkannya di bahu jalan semata-mata untuk membuat urusan di UTC Selangor @Anggerik Mall Shah Alam. Mohd Addri Borhan,25, berkata “biarpun pihak UTC telah menyediakan kawasan letak motosikal berbayar namun pengguna tidak dapat memasukinya untuk membuat urusan”. “Kemudahan parkir motor tidak mencukupi, saya terpaksa meletakkan di bahu jalan disebabkan kekurangan tempat letak motosikal,”kata, Nurul Shuada Othman, 21. Hashim Mohd, 28, bekas tentera mengeluh, “menimbulkan pelbagai masalah lain seperti akan dikenakan tindakan di saman oleh pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). ” Menurut, Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA , Shahrin Ahmad, “motosikal, kereta dan apa jua kenderaan yang di l...
Ulasan