Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2023

Pusat media bergerak iM@JaPen bantu pengamal media

Imej
Pusat media bergerak iM@JaPen bantu pengamal media https://bebasnews.my/2023/08/26/pusat-media-bergerak-imjapen-bantu-pengamal-media/ By Editor  - 26/08/2023 Foto: BMKK JaPen Oleh Zihan Zari PUTRAJAYA — PENGURUSAN media oleh Jabatan Penerangan (JaPen) memainkan peranan penting sekiranya berlaku krisis bencana supaya pelaporan maklumat kurang tepat dan sensasi musibah dapat dibendung. Sememangnya, maklumat penting dari sumber-sumber rasmi di tempat kejadian bagi mengelakkan kekeliruan untuk disalurkan terus kepada khalayak dengan lebih efektif di samping menepati deadline siaran. Justeru, JaPen melalui Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK) mengorak selangkah ke hadapan dengan menyediakan Pusat Media Bergerak ‘iM@JaPen‘ yang inovatif dan futuristik sebagai alternatif khusus untuk pengamal media membuat liputan lebih meluas ketika tugasan di lapangan. Timbalan Ketua Pengarah JaPen, Hj Suwadi Guliling berkata, “ kenderaan khas inidiubah suai mempunyai keunikan tersendiri sebagai me

Pengarah JaPen guna loghat Jawa salur maklumat kepada masyarakat

Pengarah JaPen guna loghat Jawa salur maklumat kepada masyarakat https://bebasnews.my/2023/08/10/pengarah-japen-guna-loghat-jawa-salur-maklumat-kepada-masyarakat/ https://youtu.be/1hL3lM8XF4E By Editor- 10/08/2023 Oleh Zihan Zari /Video :JaPen Selangor  SHAH ALAM — Pelbagai usaha dilakukan untuk menyalurkan maklumat secara terus kepada masyarakat umum termasuklah menggunakan loghat Jawa. Begitulah halnya yang dilakukan Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Selangor, Normaizatulakmal Tujad bersama-sama pasukannya. Malah, Normaizatulakmal sendiri turut membuat hebahan aktiviti ‘Info On Wheels’ sempena program ‘Kita Madani Peringkat Negeri Selangor’ baru-baru ini, menjadi tular di media sosial. Menurut beliau, hebahan dalam loghat Jawa ini dapat memudahkan pemahaman penduduk dan mendekatkan kumpulan sasar terutamanya di kawasan luar bandar, di samping mendapat input lebih realistik. Sekadar membantu pasukan untuk sama-sama mempromosikan program JaPen dan merasai denyut nadi mereka yang bert