Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

Nor Shahid, hasilkan buku kisah benar cerita seram, di Penjara Pudu

Imej
Nor Shahid, hasilkan buku kisah benar cerita seram, di Penjara Pudu By Admin Nor Shahid pengarang buku “Cerita Seram di Penjara Pudu ” Foto : Nor Shahid  - 10/11/2020 Oleh ZIHAN ZARI MANTAN Penguasa Penjara Pudu , Nor Shahid Mohd Nor telah menghasilkan sebuah buku bertajuk ”Cerita Seram di Penjara Pudu”, menyingkap kisah dan misteri yang menarik, sesuai sebagai bacaan untuk semua peringkat. Nor Shahid berkata, “saya rasa semua golongan muda dan tua pastinya ingin tahu apa yang telah berlaku di sebalik tembok berjeriji di penjara Pudu. Suatu ketika dahulu penjara ini bukan sahaja terkenal malah begitu tersohor dan berdiri gah di tengah bandaraya Kuala Lumpur asalnya adalah tapak perkuburan Cina seluas 10 hektar. Semasa Perang Dunia Kedua 1941-1945 tentera Jepun telah mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu daripada pihak British dan mengebumikan ramai tentera yang terkorban di kawasan sekitar penjara ini sebagai tapak perkuburan yang besar.” “Buku ini mengisahkan kejadian sebenarnya ap