Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2021

Tetap reda, dilanda musibah berganda

Imej
Tetap reda, dilanda musibah berganda By Admin - 28/10/2021 Oleh ZIHAN ZARI  YAN - “INI kali kedua rumah saya yang letaknya dua meter sahaja dari Sungai Titi Hayun dilanda banjir kilat pada 20 Oktober lalu pada jam 6.30 petang tapi kali ini airnya tinggi luar biasa. Kejadian ‘kepala air pertama’ berlaku pada 18 Ogos lalu, rumah saya dimasuki lumpur setinggi 50 sentimeter menyebabkan motosikal, kereta dan pelbagai kelengkapan rumah seperti perabot dan barangan elektrik mengalami kerosakan, ”kata Zulkiflie Mat, 50. Penduduk Kampung Titi Hayun itu berkata, kali pertama ditimpa musibah, beliau menghabiskan wang sebanyak RM1,800 untuk mengupah pekerja membersihkan selut tanah dan lumpur. Musibah kali kedua menyaksikan beliau menggunakan tenaganya sendiri. Menurut beliau, tragedi banjir kilat terbaharu menyebabkan rumah yang didiami dimasuki air deras dari sungai belakang rumah yang turun dari arah Gunung Jerai, hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja melepasi paras lutut. “Saya hanya sempa