Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

Telaga Tiub atasi masalah air 7 buah rumah Kampung Bukit Patong

Imej
Telaga Tiub atasi masalah air  di 7 buah rumah Kampung Bukit Patong 14/08/2021 Oleh ZIHAN ZARI  PENDANG - KELUHAN jiwa dan luahan perasaan 7 buah rumah Kampung Bukit Patong, Mukim Rambai  dibelenggu masalah gangguan bekalan air yang berlarutan sejak bertahun-tahun lalu telah diselesaikan apabila Exco Kerja Raya, Bekalan & Sumber Air, Tenaga dan Pengairan & Saliran, Datuk Suraya Yaacob turun padang meninjau ke kawasan itu hari ini.  Suraya berkata,  “empat bulan lepas saya menulis memohon kepada  Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk memasang Telaga Tiub (Air Boring) untuk langkah penyelesaian jangka pendek di situ.  Namun sehingga hari ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 ianya masih tidak dapat dilaksanakan. Memandangkan masalah ini begitu menyusahkan penduduk disini terutamanya yang melibatkan 7 buah rumah di sini .” “Hari ini saya melawat bersama kontraktor bagi memasang sendiri telaga tiub dan tangki bagi memudahkan penduduk disini. Kawasan ini aga