Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2021

'Siapa Tutup Lampu' juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI

Imej
'Siapa Tutup Lampu'  juara Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 milik KEMUDI  Oleh: Zihan Zari  PETALING JAYA - PERSATUAN Penulis dan Kebajikan Negeri Selangor (KEMUDI) berjaya membuktikan kehebatan apabila  Gelanggang Teater II (Kota Seni PJ) 2019 dengan meraih gelaran Juara serta mengungguli tiga anugerah lain pada pertandingan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).  Kemenangan itu diraih menerusi teater ‘Siapa Tutup Lampu’ arahan Khairol Azhar Abdul Jalil yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta menerima piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan. Dalam pada itu, ‘Siapa Tutup Lampu’ turut meraih kemenangan berganda menerusi tiga lagi kategori Anugerah Insentif Pengarahan iaitu Azhar Jalil, Anugerah Naskhah Pilihan Juri iaitu Azhar Jalil, Anugerah Teknik/Sinografi Terbaik dan Anugerah Pelakon Harapan iaitu Anwar Zulkifli.  Penyampaian anugerah kepada pemenang disempurnakan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato' Mohd Sa