Boleh Raih RM25,000 tanam nanas Moris secara sampingan
https://bebasnews.my/?p=58714 Boleh raih RM25,000 tanam nanas Moris secara sampingan By Admin -13/04/2021 Oleh Zihan Zari PENDANG – BERBEKALKAN azam yang kuat untuk menjadikan bidang pertanian sebagai sumber pendapatan, seorang pengawal keselamatan mengorak langkah menanam nanas varieti Moris sebanyak 20,000 pokok seluas 2 ekar di atas tanah miliknya. Yusof Awang, 58, kini mampu senyum lebar apabila hasil titik peluhnya dan usahanya sendiri mulai membuahkan hasilnya, walaupun sekadar dilakukan pada masa lapang bak kata pepatah, berbudi pada tanah, takkan rugi pasti akan menikmati hasilnya. “Saya mula menanam nanas varieti ini berskala kecil pada Mac tahun lepas dan selepas setahun akan matang dan tuaian pertamanya pada bulan Jun ini dianggarkan sebanyak 19,500 biji mampu menjana pendapatan sebanyak RM25,350. “Kemudiannya, saya akan menjualnya terus dari kebun pada harga RM1.20 sehingga RM2.80 per biji mengikut gred, di samping itu setiap pokok mengeluarkan sulurnya yang boleh dijual de